Presiden Mantap Bersuara - Masihkah Kita Ingat..?

Wednesday, August 5, 2009





Anuar Othman
Presiden
Kem Mantap
Bersuara









Sejak sebelum PRU 12, telah wujud satu parti yang membawa satu perubahan besar kepada senerio politik di Malaysia.

Parti ini ialah Parti KeADILan Rakyat.

Satu kelebihan kita dalam parti ini, juga disebut PKR, ialah keahlian semuanya di kalangan Rakyat Malaysia.

Macam mana gambaran susunan ras di Malaysia, macam itulah kelihatan dalam parti. Pemimpin, Pejuang, dan Penyokong, Prihatin, dan semuanya bersatu memenangkan parti kita supaya parti kita memenangkan seluruh Rakyat Malaysia.

Dengan demikian, keputusan PRU 12 telah menempatkan pemimpin kita di pucuk pemerentahan negeri dimenangi Pakatan Rakyat.

Agenda kita seterusnya ialah Pakatan Rakyat, terutama parti kita, PKR, maju untuk memerentah seluruh Malaysia.

Ini Agenda seluruh Rakyat Malaysia, yang sudah jelas, dan yang akan jadi jelas, dan yang baru memasuki petak kuasa mengundi dan akan jadi jelas juga.

Demi mencapai maksud besar ini, kita semua mestilah mantap.

Dalam mantap, banyak boleh dicapai, terutama bersatu untuk kemenangan paling besar dan paling manis di PRU 13.

Presiden Kem Mantap telah menyediakan blog ini, dengan niat dan hasrat murni supaya apa juga luahan disalurkan di sini, supaya parti bertambah mutu, pemimpin bertambah bersatu, dan pejuang diganjari adil dan saksama, dan setiap Rakyat Malaysia dapat kecap nikmat dalam makmor, melalui perjuangan PKR.

Satu siri akan dipaparkan kini di sini, supaya kita insaf perit bagaimana PKR diwujudkan, mendapat bentuk, dan kini semakin popular. Dalam mantap, kita hargai semua ini, supaya apa yang telah bermula, kita lanjutkan menjadi nyata. Dalam nyata, lebih memberi faedah kepada semua.

Itulah yang disampaikan...

Apabila Presiden Kem Mantap Bersuara!

2 comments:

Anonymous said...

picture kasi clear sikit.. lagi mantap..

Kem Mantap said...

Ya betul...sedang diusahakan...

Post a Comment