Zaman Moden Internet Diharamkan Untuk Rakyat Malaysia!
Pegawai: Bos, betul ke Bos nak haramkan Internet untuk Rakyat Malaysia?
Bos: Ya. Sepatutnya lama dah kita haramkan.
Pegawai: Lama dah? Bila??
Bos: Setahun sebelum 8 Mac 2008.
Pegawai: Kenapa?
Bos: Internet disalahguna...
Pegawai: Salahguna?
Bos: Kerajaan pusat diburukkan sampai hampir 50-50. Manakala, 5 negeri hilang kuasa pemerentahan.
Pegawai: Jadi, Internet ini diharamkan untuk semua Rakyat Malaysia ke Bos?
Bos: Tidak.
Pegawai: Pulak?
Bos: Kita haramkan kepada semua pemimpin, pejuang, penyokong, pengikut, pembaca, pengguna pakatan dan parti pembangkang sahaja.
Pegawai: Maknanya?
Bos: Semua yang mengguna Internet untuk puji kerajaan pusat kita halalkan...
Pegawai: Cayalah Bos. Ini kena belanja makan nasi panas, ulam petai, gulai tempoyak Bos!
Bos: Tak boleh, sebab Gulai Tempoyak, pulak haramkan saya makan itu...
...
Gulai Tempoyak
Kata tidak kepada pemimpin otak di lutut!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment