Dengan izin-Nya, parti kita, Parti KeADILan Rakyat (PKR) telah menang bersama parti rakan dalam Pakatan Rakyat dalam PRU 12.
Kemenangan ini sungguh cantik kerana seperti suatu kemenangan wilayah yang besar dalam Malaysia.
Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.
Negeri berjiran.
Inilah suatu kemenangan yang mantap.
Berbanding contohnya, Johor, Perlis, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Sarawak.
Wilayah kemenangan Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor, mempunyai paling tidak dua usaha mantap.
Pertama:
Mantapkan pemerentahan negeri supaya kekal kuasa di tangan Rakyat.
Kedua:
Mula melebarkan kemenangan ke negeri selain yang telah dimenangi.
Apakah kita masih perlu meraikan kemenangan ini, dan sampai bila?
Pendapat apapun, di Kem Mantap, kita percaya bahawa sudah tiba masa dan ketikanya kita terima saranan Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar, yang pernah menyebut:
* Mantap sehingga dapat menawan kuasa pemerentahan di seluruh Malaysia.
* Permulaannya ialah dengan diri setiap di antara dan kalangan kita, mantapkan diri dan terjemahkan potensi diri untuk kemenangan paling besar dan paling manis di PRU 13.
* Apa juga jurang yang merenggangkan sesama kita, maka kita mantapkan. Walaupun asal keturunan, budaya, adat, resam, agama, pegangan, kepercayaan murni, bahasa pertuturan, adalah sebagaimana asalnya pilihan masing-masing. Namun dalam parti kita, setiapnya ialah Rakyat Malaysia. Mantapkan supaya jurang menjadi jaringan yang merupakan ribuan talian benang, disulam menjadi jala. Kemantapan begini, baru ada erti dan maknanya.
* Sudah tibakah masanya kita membuka ruang kemasukan ahli baru, terutamanya mereka yang layak mengundi sekitar tahun 2012 atau 2013..? Bagaimana penerimaan kita terhadap ahli parti dalam Barisan Nasional yang nampak kelebihan parti kita lalu ingin menyertai perjuangan Rakyat ini? Atau cukupkah sudah jumlah ahli PKR setakat ini, dan tiada borang baru perlu diedarkan mahupun diisi?
* Di kalangan kita masih adakah rasa ingin membezakan orang lama dan orang baru? Bolehkah kita mantapkan setakat orang, sahaja, supaya semua dapat berganding bahu memantapkan bulatan persepakatan bertunjang mula dengan PKR..?
* Dapatkah ranting dan cabang, serta sayap dalam PKR melangsungkan koordinasi menyempurnakan strategi dengan mantap? Mahukah kita kecapi, bahawa sebuah parti baru seperti PKR ini, mantap sehingga dapat memerentah sebuah negara seperti Malaysia.
Maka sama-samalah kita mantapkan!
Sama-sama kita membarakan semangat Reformasi dalam diri kita:
Petikan Video: http://www.youtube.com/watch?v=qdaAoQ60Fu4
Banyak lagi klip video di sini:
http://videoreformasi.blogspot.com/
Jom! Mantapkan kembali.
Salam Reformasi dari
Anuar Othman
Presiden Kem Mantap
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment