..
Tiada jelas wajahnya kini. Mungkin anda. Mungkin, anda yang makan guna chopstik, atau wade teh tarik une kesukaan, atau kat rumah anda berkain pelekat sahaja.
Faham ya..? Semua itu Rakyat Malaysia.
Adakah kita akan kata, "menyampah aku, menonjolkan diri", atau "Muka tak sedar diri", atau kita herdik, cemuh, dan kita benamkan peluang semua ahli untuk menjadi ketua.
Akan adakah usaha mencantas bakat pemimpin semasa masih muda lagi?
Adakah jika ini berlaku, terbangkit ramai pemimpin di kalangan kita, pucuk pemimpin akan marah?
Jika begitu, sedarkah kita kenapa beberapa pemimpin berbakat di kalangan kita, telah merajuk, dan ada yang berdendam, keluar meninggalkan parti dan menyertai platform lain?
Baiklah, apapun reaksi dan respons bila banyak banner dan poster begitu memenuhi tempat di bumi Malaysia, dan alam siber, biarlah...
Namun, bila diraih kebijaksanaan Presiden Mantap, Khairul Anuar Othman, beliau meluahkan isi hatinya.
Katanya, "Bagaimana kalau minggu depan, Parlimen dibubarkan, dan PRU 13 diadakan, Kita perlukan 1,000 pemimpin separas wibawa kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantapkah kita membekalkan jumlah itu dengan segera?"
Lihat sekeliling, andakah atau adakah pemimpin yang mantap untuk menduduki kerusi Perdana Menteri silih berganti selama 50 tahun dan seterusnya, dia yang menjunjung seluruh perjuangan KeADILan?
Sambung Khairul Anuar Othman lagi, "Saya sedang bekerjasama dengan Zubli Zainordin, dalam pelaksanaan kursus kepemimpinan mantap supaya bangkit ramai pemimpin di kalangan ahli Parti, seterusnya pengstrukturan supaya pejuang era Reformasi dikembalikan, dan mereka kembali berjuang, sesuai dengan kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim".
Bagaimana perasaan anda melihat foto di atas..?
.
Sebab itulah dalam hal ini penonjolan begini bagus untuk mantapkan Parti. Jika anda tidak begitu, maka, usah terkejut jika peluang diberikan tidak dimanfaatkan dan timbul pula pemberian peluang kepada mereka yang baru jadi ahli, atau hijrah dari parti terdahulu yang berbudaya lapok.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment