Ketua Pemuda dari sebuah parti Um...yang bersepai..no, dalam kapal barisan yang sedang tenggelam, di penggal terakhirnya, mempunyai fiksyen dari khayalannya bahawa Pakatan di Selangor ibarat Retak Menanti Belah. Ramai rakan kita yang melihat banner kecil di merata Shah Alam terutama di Seksyen 6, bila kami temui telah melaungkan........."Pooraaah, Kamu yang Boleh Belah!!!" Kita dapat baca, ketua mereka ini, sudah tidak relevan lagi dipandangan orangnya. Dia dikatakan tiada payungan manja PM lama, tidak pula direstui PM terdahulu lebih lama, dan dia sedang amat ingin mendapat tempat di hati PM baru. Ternyata, orang ini tersisih dari pemilihan kerusi enak berganjaran besar, macamnya jawatan menteri daa. Dia hanyalah seperti ada pun tak apa, tiada lagi bagus dan ini pandangan ahli di kalangan kem mereka. Jika dibandingkan dengan pemimpin lebih bawah dari kedudukannya, PM mereka sendiri merasakan orang lain lebih matang dari budak ketua ini. Sebab itulah, jika pilihanraya kecil, pemimpin tempatan mereka tidak mahu ketua ini hadir. Jika hadir membawa padah kalah. Maka, fikir tengok sendiri, kenapa pula ketua ini hendak hadir di Shah Alam, pusat di mana kubu ini, begitu ramai yang memihak kepada pemimpin dan kepemimpinan Pakatan Rakyat? Sama-sama kita saksikan ketua mereka ini yang menerusikan tradisi lapok budaya buruk Umno hendak menghambur angan-angan kosong, yang tiada apa maknapun kepada nasib masa depan Rakyat Selangor. Kita seru kepada semua kekalkan Selangor dikuasai Rakyat!
Kita perlu siap sedia untuk mantapkan penangkisan kekarutan ketua mereka ini, dengan jurus mantap! mantap!! mantap!!!
Tulisan Oleh:
Gulai Lemak Mantap Cili Api
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment