BENARKAH TS KHALID KE SARAWAK UTK BERKEMPEN?

Monday, August 3, 2009














Gambar - TS Khalid di Konvensyen Rakyat Sarawak.
Dakwaan mengatakan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sibuk berkempen semasa Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-218 di Sarawak, Rabu lalu, bertujuan cuba melagakan beliau dengan Sultan Selangor dan tidak tepat. Menteri Besar Selangor itu tetap bersama Sultan Selangor yang mempengerusikan mesyuarat kerkenaan dan hanya tidak hadir dalam beberapa acara.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas melepaskan peserta Larian Shah Alam - ADIDAS King Of the Road dan melawat Tapak Bazarena di Stadium Shah Alam, pagi tadi.
Menurutnya, baginda Sultan memahami tugas beliau sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat dan baginda turut melahirkan rasa sedih terhadap kenyataan Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber 2, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berhubung perkara itu di sebuah akhbar tempatan, semalam. Beliau berkata, menteri-menteri dari Barisan Nasional juga selalu mengambil kesempatan seperti ini untuk berjumpa dengan penyokong mereka di Sabah dan Sarawak. “ Saya rasa, saya telah menjalankan tugas saya sebagai Menteri Besar dan ada juga bersama-sama Tuanku Sultan Selangor untuk mempengerusikan majlis mesyuarat kali ini. Alhamdulillah ianya berjalan dengan lancer,” katanya.
TS Khalid telah bersama dengan rakyat Sarawak di dalam jadual ketat beliau, tidak mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan bungaapi dan sambutan dibuat di bandar Kucing.. Tahniah TS Khalid yang berjiwa rakyat dan sempat bermesra dengan rakyat Sarawak..
@MySAS (sumber: Sgrkini)

0 comments:

Post a Comment