Kem Mantap

Monday, August 3, 2009
Mantap ialah langkah strategik terkini kita bersama supaya keputusan di PRU 12 digandakan kejayaannya dengan menyeluruh di PRU 13 kelak.

Kem ialah ruang, tempat, dan pentas supaya langkah strategik itu mengekalkan gerak reformasi dan meningkat pula kepada transformasi, demi supaya Rakyat maju dan Negara Malaysia makmor.

Foto dari Dinding Facebook Mohd Amin Mian, jelas menunjukkan kita sudah sampai kepada detik mantap. Bahawa kita semua mampu melakukan perubahan. Perubahan oleh Rakyat untuk Rakyat.



Kepada semua pejuang Reformasi dan pendukung transformasi idealisme parti dalam bulatan gabungan Pakatan Rakyat amnya dan Parti KeADILan Rakyat khususnya, blog ini ialah kem kita, untuk setiap diri kita...setiap Rakyat menjadi mantap.

Setiap individu hendaklah bermula dengan usaha kemaskini supaya dirinya mantap. Hal ini adalah penting ketika kita sedang meneroka ke arah kemenangan paling besar dan paling manis di PRU 13. Ketika itu ramai ramai pemimpin dari kalangan pejuang diperlukan untuk mengisi keseluruhan kepemimpinan Rakyat. Maka inilah masa untuk memantapkan diri kita supaya berada dalam aras kepemimpinan mengikut kemampuan usaha masing-masing.

Kuasa hendaklah kekal di tangan Rakyat. Hanya pemimpin Rakyat akan dinaikkan ke martabat kepemimpinan negara dan negeri. Pemimpin begini jelas hanya berada dalam lingkungan bulatan Pakatan Rakyat.

Dari individu kita mantapkan keluarga, kampung, kawasan, komuniti dan keseluruhan negeri dan negara.

Kita masih ingat ini, petikan dari blog perakexpress.com

Dengan keadaan mantap, kita dapat lebarkan sayap seluas negara dengan pengukuhan ranting dan cabang, sama seperti natijah yang kita ambil dari Pokok Demokrasi, yang menjadi inspirasi dan aspirasi kita semua supaya setiap negeri yang kita menangi kekal dan negeri lain akan memihak kepada kemenangan Rakyat, kemenangan semua.

Susunan teratur bila dilaksanakan maka mudah pula kita memantapkan Pakatan Rakyat sehingga menjadi organisasi yang formal demi untuk mempastikan nikmat dirasai semua secara adil dan saksama. Semua bentuk kezaliman dalam zulumat yang beku di bawah kepemimpinan kerajaan pusat sekarang, dapat sama-sama kita ubah dengan suara nurani dan usaha murni mantap, mencairkan kebekuan itu sehingga menjadi sinar kemenangan untuk setiap Rakyat Malaysia.

Dengan permulaan Kem Mantap ini, diharapkan setiap Rakyat akan mendapatkan kebenaran, dan berita yang betul dari media kita sendiri. Ruang media baru ini hendaklah sama-sama kita bangunkan dengan percambahan blog sebagai permulaan yang dapat menghayun sokongan supaya kemenangan Rakyat tercapai.

Apabila ini berlaku di Permatang Pasir, dan lain-lain pilihanraya mendatang, terutama PRU 13, maka barulah ertikata sebenarnya dapat dikecap oleh setiap Rakyat yang mahukan keadilan, kemurnian, ketelusan dan lain-lain hak sebagai Rakyat di negara Malaysia.

Seterusnya, sama-sama kita hayati amanat Anwar Ibrahim waris pejuang Melayu dan harapan baru untuk Malaysia.

gayong3

Salam Reformasi untuk semua!!!

Kita kita mulakan di Kem Mantap transformasi tuju kemenangan di Permatang Pasir, dan terutamanya PRU 13.

0 comments:

Post a Comment