KEM MANTAP-KITA SATU PASUKAN MANTAP!!
Thursday, August 20, 2009
DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN MANTAP:
Kita sewajarnya lebih dewasa setelah melalui pilihanraya lalu.Benar kita mampu menawan selangor dari regim UBN dan benar prentasi kita secara menyeluruhnya membanggakan,namun kita tewas. Dibanyak peringkat pimpinan NEGERI,CABANG DAN RANTING masih wujud faham kelompok sempit dikalangan beberapa pimpinan.Kita harus lebih tawaddu'-mengakui satu,dua tokoh betapa sekali hebatpun tidak berupaya menggerakkan parti tanpa dokongan dan kerjasama intim dan mantap.Sebab itu dalam bicara saya dimana-mana seminar, saya ulangi dengan tegas-kita mesti mengutamakan keperluan yang mendesak iaitu memikirkan urusan jentera,strategi parti,tuntutan anggota parti dan rakyat massa.Ini termasuklah:
1.Kita wujudkan keharmonian dalam parti dan jangan ada tuduh-menuduh dan sebarang ugutan.
2.kita beri penumpuan usaha atau merangka strategi atau pendekatan dengan masyarakat Cina dan bukan melayu lainnya.Serta menyesuaikan pendekatan dengan melibatkan lebih ramai kelompok masyarakat India.
3.Keanggotaan dan ranting KEADILAN mestilah dipertingkatkan kerana ia adalah lambang kekuatan sebenar PARTI.
Bagi memenuhi cita-cita unggul dan murni ini kita perlu perkukuh secara padu:bunyanun marsus,bermuafakat dan bertindak sebagai satu PASUKAN.
KEPENTINGAN PERJUANGAN DAN ASPIRASI RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment