Yang Rakyat Cari Selama Ini ada Dalam PKR...

Thursday, August 6, 2009
Parti kita ialah sebuah parti model bagi Malaysia. Macam mana komposisi kita dalam negara ini, terjelma dalam Parti KeADILan Rakyat (PKR).

Inilah satu titik mula usaha Anwar Ibrahim, dijulang Wan Azizah Wan Ismail, dan menjadi impian, harapan, dan pegangan para pejuang era Reformasi.

Ketika itu Rakyat Malaysia yang cintakan keadilan, kesaksamaan, kemurnian hasrat, semua menyertai KeADILan (ADIL).

Konsep politik inilah yang membuka pintu pakatan rakan politik dari PAS dan DAP, untuk kerjasama dengan pemimpin parti penyokong dan Rakyat yang jelak dengan budaya UMNO dan benci dengan kepuraan dalam BN.

Kejutan! Keputusan PRU 12.

Kesedaran mantap muncul apabila Pakatan Rakyat bukan sekadar suatu pemaufakatan mantap untuk menang pilihanraya, namun menjurus tinggi kepada pembentukan kerajaan negeri bersama.

Setakat ini semuanya berlangsung elok. Sehinggalah ada usaha mengkocar-kacirkan kerajaan contoh Perak, dan gerakan besar melumpuhkan kerajaan murni Selangor.

Setiap orang dalam perjuangan Keadilan, hendaklah sedar, peka, dan prihatin, supaya usah kita tidak tahu apa yang dikejar dan kita tidak manfaatkan apa yang kita kendong.

Perhatikan parti dan barisan di kerajaan pusat, mereka membuat keputusan berlawanan dengan pelbagai pihak. Sebab itulah mereka dihentam oleh pembangkang, dan mereka dihentam oleh individu dan kelompok tidak berpuas hati dari dalam.

Kita usah begitu. Biarlah kita mesra Rakyat setiap masa dan bukan semasa pilihanraya sahaja. Kita mesra sesama kita. Kita bersatu, bekerjasama, semuanya ke arah kemenangan Rakyat. Supaya setiap Rakyat dapat nikmat kerana pemimpin yang memimpin negara ialah dari kalangan PKR dan PR.

Ya, yang dicari Rakyat selama ini ada dalam PKR. Politik sebenarnya. Seterusnya, kita usahakan pula Sosyel dan Ekonomi, dan semua Agenda dalam menifesto kita di PRU 12.

Sistem Sosyel dalam PKR ialah adil, sama-rata, dan saksama. Sistem Ekonomi dalam PKR ialah nikmat-Nya dikongsi supaya semua Rakyat mendapat manfaat.

Demikianlah Apabila

Anuar Othman
Presiden Kem Mantap

Bersuara...

0 comments:

Post a Comment