Peringatan Seorang Ammierto Bangi Kita Kongsi Di Kem Mantap

Tuesday, August 4, 2009
Ammierto Bangi hari ini menyambut hari kelahirannya. Dan ini pesanannya di facebook:

Akan berlaku lagikah coup de tat/kudeta di Malaysia? Grand design yang sama berlaku di Perak sedang diaplikasi pada kerajaan PR di Selangor. Insyarat awal perlu dihantar kepada PR agar tidak leka dengan kemenangan 6-0. Cara memnyerlahkan kelemahan lawan sudah agak lapok. PR harus berdiri mantap dengan keyakinan sendiri memperbaiki ruang kelemahan yang sedia ada. Jangan tunggu sehingga sampai PRU13.

Sebagai Anak Perak, dan sebagai Rakyat Malaysia, kita lihat apa yang telah berlaku di Perak Darul Ridzuan adalah suatu perbuatan paling keji setakat ini dilakukan oleh semua mereka yang mahukan kuasa demi kepentingan sendiri dan pihak mereka dengan menafikan natijah murni keputusan pilihanraya ditinta Rakyat.

Banyak pelajaran yang dapat kita manfaatkan daripada episod zalim ini.

Satu daripadanya ialah mantap.

Apabila ahli, pemimpin, parti, dan pakatan tidak mantap, maka pihak lawan dapat melihat lubang kelemahan dan dalam leka serangan dilakukan.

Apa yang terjadi telah terjadi.

Apa yang kita molek lakukan ialah mengembalikan tampok pemerentahan negeri ini kepada Rakyat semula.

Pemimpin PAS tempatan, semoleknya ditempatkan kembali menerajui murni dan jaya di Perak.


Mohammad Nizar Jamaluddin
Foto petikan dari

Faktor dalaman dan luaran telah mengakibatkan episod di Perak.

Isu dalaman, pembelotan, perbuatan dikatakan ugutan, dan segala macam menunjukkan kita masih belum mantap.

Sebab itulah Kem Mantap kini wujud untuk mengembalikan semua negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk terus memimpin demi kebaikan dan kesejahteraan Rakyat.

Seterusnya, mantap keseluruhannya supaya semua negeri ini kekal dikuasai Rakyat. Seterusnya negeri lain di seluruh Malaysia kita usahakan supaya dikuasai sepenuhnya oleh Rakyat Malaysia yang membawa perubahan melalui budaya adil, saksama, dan semua kemurnian Islam.

Mantap adalah usaha berterusan supaya kukuh kita ialah kemenangan berterusan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor. Di PRU 13, kemenangan berterusan seluruh Rakyat Malaysia.

Para pemimpin yang menerajui kerajaan negeri:


Abdul Khalid Ibrahim



Azizan Abdul Razak
pemudasarawak.wordpress.com



Lim Guan Eng
Foto Petikan Dari:

dan seluruh pemimpin yang menerajui Pakatan Rakyat, molek benar kita teladan dari pemimpin, kepemimpinan, dan kebijaksanaan


Nik Aziz Nik Mat
Foto Petikan Dari:


Sama-sama kita mantap, dan mempastikan setiap negeri di bawah pemerentahan Pakatan Rakyat kekal.

Siap sedia untuk Permatang Pasir, dan gerak mantap tuju kemenangan paling besar dan paling manis di PRU 13.

0 comments:

Post a Comment