Temubual Ringkas Wakil Meraks Dengan Presiden Kem Mantap

Monday, August 17, 2009
...

Walaupun dijadualkan satu temubual eksklusif panjang-lebar di antara Wakil Meraks dengan Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Osman, namun jadualnya yang padat di Selangor, dan pergerakannya menuju N 41 Permatang Pasir, membolehkan 2 poin diperolehi darinya, yang dia masih berhati-hati dalam memberikan fakta, supaya kemantapan tetap mantap.

Poin 1.

Perihal beberapa kepemimpinan tertinggi UNISEL dan aduan bahawa ada pelaksanaan yang berbeza daripada amanat Anwar Ibrahim, sewaktu ceramahnya perkongsian fikir dengan pelajar UNISEL, di penghujung Short-Sem baru-baru ini.

Aduan dan perbezaan ini tidak mantap!

Natijahnya, tidak molek, dasar keadilan bawaan Parti KeADILan Rakyat, yang dijunjung tinggi Anwar Ibrahim, nama pelaksanaannya oleh beberapa pemimpin UNISEL masih belum memuaskan dari aspek kebajikan pelajarnya.

Poin 2.

Adanya jurang di antara pucuk kepemimpinan tertinggi Parti KeADILan Rakyat, dengan pemimpin peringkat cabang dan ranting, terutama ahli PKR tegar. Teguran kepada beberapa pemimpin yang lazimnya berkain pelikat sewaktu di rumah, dan pemimpin yang lazimnya berbual dalam bahasa Tamil di rumah. Ada jurang di antara pemimpin kalangan ini dengan ahli.

Jurang begini tidak mantap!





















Khususnya, disentuh juga mengenai pejuang di era Reformasi! Nasib dan kebajikan mereka, dan keperluan mereka dikembalikan berjuang, dan semangat mereka supaya kembali membara sedang kita tuju PRU 13.



















Terdapat juga susutan dari aspek kuantiti keahlian, jika pemimpin di pucuk parti bergaul sesama mereka sendiri dan jarang mereka adakan amalan akrab dan aktiviti nikmat dikongsi bersama dengan ahli di cabang dan ranting parti.

Sehubungan dua perkara tersebut, Khairul Anuar Othman berkata, inilah sebab utama kenapa Kem Mantap diwujudkan.





















Lahir daripada kesedaran Tian Chua, dan beberapa pucuk pemimpin yang amat inginkan cabang dan ranting, dan semua sekali ahli menjadi mantap. Dengan mantap, kita semua dapat nikmat yang dikongsi bersama. Dengan mantap, kita kukuh teguh dalam menghadapi cabaran dan gerak keji pihak yang mahu merampas pemerentahan Rakyat di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12 lalu.

Perihal kebajikan pelajar UNISEL, satu perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang disusun, supaya harmoni tercapai dalam urus dan cara di UNISEL.

Perihal jurang pemimpin dan ahli, dan kembalian sebahagian pejuang era Reformasi, satu usaha sedang disusun, setelah Zubli Zainordin dipertanggungjawabkan membantu Khairul Anuar Othman, di bahagian penstrukturan ke arah menyerlahkan peranan Kem Mantap di Selangor.

Khairul Anuar Othman juga menjanjikan satu perkongsian informasi dan pelaksanaan program untuk memanfaatkan semua ahli. Bahawa Anwar Ibrahim telah mendasarkan satu usaha yang bakal membawa makna besar kepada Parti KeADILan Rakyat, dan Rakyat Malaysia seluruhnya. Di mana Khairul Anuar Othman telah diberikan sebahagian tanggungjawab untuk menggerakkan pemikiran keadilan untuk semua, oleh Anwar Ibrahim ini, ke seluruh Malaysia.

Masih di peringkat konsep, dan terjemahan awal telah dilakukan, maka Khairul Anuar Othman akan memperincikan pendasaran keadilan dari Anwar Ibrahim itu, apabila dia kembali dari gelombang bulatan mantap mempertahankan kemenangan di N 41 Permatang Pasir, kelak.

Sama-sama kita nantikan berita baik ini.




















Demikian apabila
Khairul Anuar Othman
Presiden Kem Mantap
bersuara...



Laporan Wakil Meraks
(Media Rakyat Selangor
Pembekal Informasi
Dalam Siri Merakyatkan Informasi
di Selangor)

0 comments:

Post a Comment