KEM MANTAP-BENGKEL "WE LOVE SELANGOR"

Tuesday, August 11, 2009

Kem Mantap diadakan pagi tadi cukup menerujakan perasaan para peserta. Dengan linangan airmata seorang peserta bengkel sudah membuktikan BETAPA RASA KASIH DAN SAYANGNYA
kepada kerajaan pimpinan PAKATAN RAKYAT dengan alunan kata-kata bait ini...

MARI KITA RENUNGI KATA-KATANYA BERIKUT:

JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK

Jika kau tak dapat menjadi meranti dipuncak bukit
Jadilah aur di lembah,tapi jadilah
aur yang teranggun disisi bukit.

Jika kau tak boleh menjadi rimbun,jadilah rumput
Dan hiasilah jalan di mana-mana.
Jika kau tak dapat menjadi haruan,jadilah sepat
Tapi jadilah sepat yang terlincah di dalam paya.

Bukan semua boleh menjadi nakhoda,lainnya harus
mengikut saja...
Pasti ada sesuatu untuk semua.kerana
Ada tugas yang berat,dan ada tugas yang ringan
Antaranya dibuat yang mana lebih berdekatan..

Jika kau tak dapat menjadi bulan,jadilah bintang.

Jika kau tak boleh menjadi jagung,
Jadilah keledek.
Bukannya mengikut besar kau kalah ataupun menang

JADILAH DIRIMU SENDIRI YANG TERBAIK

WE LOVE SELANGOR

1 comments:

Kem Mantap said...

Syabas! Dengan perasaan ini, kita bakal lebih prihatin kepada Rakyat, di negeri dan negara Malaysia...

Post a Comment