Satu daripadanya banyak kelebihan parti ini ialah kempen untuk menang pilihanraya berlangsung setiap detik, setiap hari, sepenuh bulan, sepanjang tahun.
Tidak menghairankan pabila di nota Facebook, Abdul Hadi Awang, diumumkan bahawa:
PERMATANG PAUH, 3 Ogos - Jentera pilihan raya PAS Permatang Pauh telah lama bersiap sedia menghadapi sebarang pilihan raya, kata Setiausaha PAS Permatang Pauh, Ahmad Kamal Ahmad.Sebab itulah Kelantan sebuah negeri, dan umumnya di mana kawasan Parlimen dan DUN (Dewan Undangan Negeri) yang dikatakan kubu kuat PAS, sukar digugat parti saing yang bertanding.
N 11 Permatang Pasir, dalam siap sedia siaga PAS, semua penyokong dan pemimpin Pakatan Rakyat diseru supaya membulatkan tekad mempastikan DUN ini terus dikuasai Rakyat. Pastikan setiap butir pasir di Permatang Pasir, dalam P 44 Parlimen Permatang Pauh, dikekalkan matang, dan ditambah mantapkan supaya tiada dari Barisan Nasional yang dapat, ibaratnya mengorek pasir untuk dibuat sungai supaya dapat menggunakan strategi hadiah jambatan untuk menang.
Dari detik ini kita penuhkan apa yang telah disiapkan, tambah mantap apa yang masih lagi perlu, supaya kubu kuat PAS ini - N 11 Permatang Pasir, terus dikuasai Rakyat.
InsyaAllah...
0 comments:
Post a Comment