BTN-APABILA DIPOLITIKKAN INILAH AKIBATNYA

Tuesday, December 1, 2009

BTN telah sangah globalasasi, BTN adalah rencah yang telah meletakan orang melayu didalam iklim yang berbeza sedangkan dunia hari ini semakin hampir kearah langit terbuka dan sempadan hanya di atas kertas. persoalanya apakah minda kita harus berada didalam karung atau sangkak sedangkan dunia menuntut kehadiran warganya yang berfikiran terbuka. BTN dilihat menusuk minda ramai dengan terjah kearah mendewakan ketuanan kita, apa makna tuan sekiranya kaum kita adalah kaum yang meminta minta sejak merdeka sehingga kini!! apa makna tuan sekiranya anak masuk u kena menagih pinjaman sana sini, apa makna tuan jika hidup dipagari subsidi? apa makna tuan sekiranya nak makan beras pun ber kupon??

Sekiranya tuan kita tak perlu meminta minta!! yang meminta minta adalah papa kedana!! dimana logiknya bergelar tuan sedangkan hidup berkelana!!! Ketuanan melayu apa!! sekiranya hidup pun bagaikan peminta sedekah!!. BTN jelas meranduk arus yang berbeza, kita harus menolak BTN yang sangah sistem sedia ada sejak 52 tahun lampau kita di saji dengan budaya dibawah terpurung. katak pun dah melompat sana sini tertapi bangsa melayu masih di bawah tempurung yang dicipta oleh UMNO.

Dari : Gundu bin tagan.

DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN MANTAPS

Monday, November 9, 2009

ANTARA ORANG BESAR-BESAR DAN ORANG BAWAHAN
Saya masih ingat beberapa bulan lepas, saya pernah mengeluarkan dua artikel didalam blog ini berkaitan dengan 'perangai' beberapa orang YB-YB PKR terutamanya yang suka membuat 'onar' serta seakan menjadi barah kepada PKR khususnya dan kerajaan Pakatan Rakyat umumnya didalam membentuk kerajaan dibeberapa negeri yang diperintah.

Terbaru kini dengan 'adegan' seorang YB PKR daripada Selangor yang secara terbukanya telah membuat keputusan untuk keluar parti PKR dan seterusnya menjadi Adun bebas disana dan didalam masa yang sama menyokong kepimpinan Umno khususnya Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. YB ini ialah saudara Badrul hisham (Didalam gambar) yang juga Adun Pelabuhan klang.

Namun saya berpandangan setiap perkara yang telah berlaku ini mesti kerana sebab yang tertentu terutamanya yang berkaitan masalah peribadi yang begitu ketara oleh YB-YB tersebut disamping faktor dalaman parti juga khususnya. Saya tidak mahu huraikan disebabkan faktor sogokan wang atau pujukan rayu parti lawan atau sengaja di 'kacau' oleh Umno / BN kerana itu sudah pasti ianya berlaku!

Sebagaimana kata Dato Menteri Besar Tan Sri Khalil Ibrahim selaku pengerusi MPN SELANGOR PKR memberitahu bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Badrul sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.
Hasil maklumat itu,Badrul juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO

Itu perkara yang selalu dijadikan alasan dan sebab musabab yang utama apabila seseorang YB PKR bertindak sedemikian serta yang pastinya ianya akan dijuruskan kepada permasalahn yang lebih peribadi. Tetapi adakah kita pernah terfikir terutamanya di kotak pemikiran ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR apa yang dimaksudkan 'pengabaian oleh pucuk pimpinan terhadap orang bawahan'.

Ianya agak menarik untuk dihuraikan dan kerana itulah didalam artikel kali ini saya lebih 'mengambil kisah' pada konflik-konflik dalaman yang berlaku didalam PKR walaupun ini dilihat sebagai isu kecil sahaja oleh pucuk pimpinan atasan terutamanya apabila masalah ini dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin diperingkat bawahan (Cabang dan ranting).

Saya amati kata-kata ketua-ketua cabang dan ranting ini dan beberapa perkara yang diperkatakannya jelas tidak dititik beratkan oleh Majlis Pimpinan Parti PKR serta tidak diendahkan pun oleh pucuk pimpinan selama ini. Semuanya dibuat menurut pertimbangan tersendiri sahaja. Yang pasti bukan saya seorang yang melihatnya ini tetapi sudah ramai para ahli serta pimpinan diperingkat cabang serta negeri yang melihat ianya berlaku kini.

Selalu saya katakan, kesetiaan ahli parti didalam apa jua keadaan parti kita amat penting. Tidak kira disaat kejatuhan atau disaat kita meraihkan kejayaan. Ini merupakan faktor utama pada kejayaan sesebuah parti politik. Sebab itu selepas PRU 12 Mac 2008 lalu, berbondong-bondong dan berderu-deru para mantan pemimpin-pemimpin besar dan ahli bawahan daripada BN tidak kira daripada Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya telah menyertai PKR terutamanya sebagai wadah baru mereka.

Untuk sejarah yang perlu diingati kembali, sebagai antara ahli yang bersama-sama mengisi borang beramai-ramai pada 04.04.1999 untuk menyertai parti ini khususnya (dahulu Parti Keadilan Nasional) di Renaissance Hotel, Jalan Ampang kita merasa bangga kerana selepas hampir sedekad, PKR kini telah diterima ramai rakyat Malaysia dan menjadi parti yang besar khususnya selepas PRU 12 lalu.

Oleh yang demikian kita mahu berkongsi pandangan dan mengingatkan Majlis Pimpinan Pusat PKR disaat kita begitu ghairah menerima keahlian 'orang besar-besar' daripada parti lawan, usah dilupakan dengan kami orang dibawah yang sejak awal tidak pernah goyah serta lari daripada perjuangan PKR. Kita sejak awal diajar menghormati serta buat kerja untuk parti dan kita akur.

Kini semacam trend apabila ada sahaja 'orang besar-besar' melompat dan menyertai parti PKR, maka dengan mudah sahaja diterima tanpa menyiasat terlebih dahulu kenapa mereka dengan tiba-tiba menyertai PKR dan kenapa ianya melompat sekarang? dan seterusnya mudah pula dilantik untuk menganggotai MPP serta diberi peranan yang hebat sedangkan mereka yang besar-besar ini tidak lagi di uji pun walaupun sekecil mana apatah lagi untuk merasai apa yang kita rasa di era reformasi 1998-2002 dahulu.

Ada orang mengata lagi, dimanakah orang besar-besar ini ketika PKR teramat kecil dipandang orang suatu ketika dahulu? Kenapa ketika itu mereka orang besar-besar ini tidak mahu menyertai kita terutamanya sebelum terjadinya perubahan di PRU 2008? Malahan ada juga diantara mereka ini secara terang-terang menentang parti kita di PRU 1999 dan 2004 dahulu.

Semuanya ketika ditanya memberi alasan yang cukup hebat..."kami sebenarnya menyokong DSAI tetapi daripada luar sahaja. Kami tahu perjuangan DSAI dan kami kenal beliau!" Tetapi yang menghairankan kita kata-kata mereka orang besar-besar ini diucapkan 'selepas' mereka ini tiada apa-apa lagi dengan wadah (tanpa jawatan dengan parti lama) yang mereka pegangi sebelum ini...kalau betul setia bersama DSAI kenapa tidak berani menyertai bersama kita sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Dr Zainal Ahmad (Mantan Timbalan MB selangor) serta oleh Dato Zahrain (Pengerusi MPP PKR Pulau Pinang) pada tahun 2004 dahulu yang mana ketika itu mereka berdua masih berjawatan didalam Umno.

Apa lagi yang diperkatakan oleh ahli-ahli bawahan apabila melihat senario seperti ini berlaku? Ye lah...antaranya berkata "mudahnya menjadi orang yang ada nama dan besar-besar ini, hari ini masuk PKR, hari ini juga diberi jawatan yang besar-besar dengan alasan oleh Majlis Pimpinan Pusat meraka ini semua banyak pengalaman ketika didalam BN dahulu dan seharusnya kita manfaatkan mereka bersama kita".

Kita setuju setiap alasan yang diberikan itu cuma kita rasa terkilan, kenapa seramai-ramai ahli-ahli kita yang sudah lama menyertai PKR tidak semudah itu untuk dilantik? Kita ada mantan duta, mantan Pengarah Pelajaran negeri, kita ada mantan profesional di Jabatan-jabatan kerajaan yang sudah terlebih dahulu dan lama menyertai PKR tidak diberi peluang yang seluas-luasnya dan yang teramat pasti mereka ini menyertai PKR bukan selepas PRU 2008!

Tanpa di biasakan dengan 'suasana parti' daripada bawah seperti ahli-ahli yang tersedia ada ini cuma satu persoalan sahaja yang ingin kita utarakan iaitu, "Dimanakah mereka orang besar-besar ini sekiranya ditakdirkan sekali lagi DSAI dihumban kedalam penjara sebagaimana yang terjadi antara 1999-2004 dahulu. Yang pasti sejak 1999 kita yang marhein ini lah yang perjuangkan DSAI tetapi tidak kepada yang besar-besar ini sebab ketika itu masih didalam BN dengan memegang jawatan waima sekecil jawatan pun jika tidak sebagai seorang menteri!"

Kami berani kata, "bahawa ketika itu sekiranya benar sekali lagi DSAI tiada dan dihumbankan ke dalam seperti dahulu, mereka orang besar-besar ini pasti akan 'menikus sama' dan lari daripada PKR!"

Percaya lah....sesungguhnya kami berbangga dengan penghijrahan mereka orang besar-besar kedalam PKR kini cuma kami mohon jasa baik DSAI dan majlis pimpinan pusat, usahlah diperbesarkan sangat kehadiran mereka, seharusnya hargailah dan gilapkan serta pandanglah kami terlebih dahulu sebelum 'menabalkan' mereka orang besar-besar ini sebagai orang yang terlalu hebat!

Kalau diamati betul-betul , inilah rasanya apa yang dikatakan sebagai masalah dalaman antara ahli-ahli bawahan diperingkat cabang dan ranting yang dilupai sehinggakan pandangan-pandangan bawahan kadang-kadang di lihat begitu 'enteng' serta selalu diketepikan oleh pucuk pimpinan pusat terutamanya.

Teringat kata-kata Dr Syed Hussein Ali (Timbalan Presiden PKR) ketika perjumpaan sesi penerangan untuk pergabungan Parti Keadilan Nasional-Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2003 dahulu antara lainnya berkata;

"Sebagai ahli parti PKR, kita seharusnya kena faham dan mendokongi prinsip-prinsip 17 Perkara dasar matlamat dan asas perjuangan parti PKR ini. Dengan memahami 17 perkara ini, Insya Allah ahli parti kita akan faham perjuangan PKR serta kekal selamanya bersama arus perjuangan"

Saya hendak tanya berapa ramai orang besar-besar terutamanya telah 'ditarbiahkan' dengan asas 17 perkara dasar ini sebagai panduan mereka sebaik sahaja mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat??

SIAPA TIAN CHUA`KAMI BERSAMA MU

Monday, October 26, 2009





Ada orang kagum dengan sikap Tian Chua. Siapa Tian Chua ni sebenarnya ? Setahu saya masa Anwar Ibrahim masih Timbalan Perdana Menteri nama Tian Chua tak pernah timbul. Tetapi apabila Anwar dianiaya oleh Mahathir dan regimnya, tiba-tiba nama Tian Chua timbul.

Menurut Tian Chua, dia terpanggil untuk membela nasib pemimpin ulung negara itu kerana merasakan betapa tidak adilnya sistem yang ada dalam Malaysia ketika itu dan itulah yang diperjuangkan oleh Tian Chua sehingga kini dan kini....

Maka tidak hairanlah kalau ada orang memuji Tian Chua. Sememangnya Tian Chua seorang pejuang yang tulen dan berani.

AYUH TIAN BANGUN SEMULA
KE ARAH REFORMASI
MENUJU KEADILAN KAMI
BERSAMA BERJUANG BERBAKTI
MENUNTUT DEMOKRASI

HAK ASASI MANUSIA
PERLU DIPERTAHANKAN
KEBESARAN TUHAN KEAGUNGAN ILLAHI
KUASA MUTLAK ABADI

BIAR PUTIH TULANG
JANGAN PUTIH MATA
TULANG BERSELERAK
TETAPKU TERUSKAN.

AIRMATA DARAH
GANTUNG TAK BERTALI
TERUSKAN REFORMASI

LAUTAN DARAH
TETAP KU TEMPUH
RAKYAT TUNTUT KEADILAN
BUAT PEJUANG RAKYAT

TIAN CHUA...

DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN KEM MANTAP

Monday, October 19, 2009


RENUNGAN BUAT PIMPINAN & AHLI PARTI



KITA SEWAJARNYA LEBIH DEWASA SETELAH MELALUI PILIHANRAYA LALU.BENAR PRESTASI KITA SECARA MENYELURUHNYA MEMBANGGAKAN,NAMUN KITA TEWAS.DIBANYAK PERINGKAT PIMPINAN NEGERI DAN CABANG MASIH WUJUD FAHAM KELOMPOK SEMPIT DI KALANGAN BEBERAPA PIMPINAN. KITA HARUS LEBIH TAWADDU'-AKUI BAHAWA SATU,DUA TOKOH BETAPA SEKALI HEBATPUN TIDAK BERUPAYA MENGGERAKKAN PARTI TANPA DOKONGAN DAN KERJASAMA INTIM DAN MANTAP.SEBAB ITU SAYA ULANGI DENGAN TEGAS-KITA MESTI MENGUTAMAKAN KEPERLUAN YANG MENDESAK IAITU MEMIKIRKAN URUSAN JENTERA,STRATEGI PARTI,TUNTUTAN AHLI DAN RAKYAT.INI TERMASUKLAH:

1.WUJUDKAN KEHARMONIAN DALAM PARTI DAN JANGAN ADA TUDUH-MENUDUH DAN SEBARANG UGUTAN. KUMPULKAN MAKLUMAT YANG PATUT DITELITI OLEH "PASUKAN PETUGAS KHAS" SEBELUM DIRUJUK KE BIRO POLITIK DAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT(MPP).HANYA SESUDAH ITU,BOLEH DIKEMUKAKAN BERSAMA CADANGAN BAGI MENGUKUHKAN PIMPINAN PUSAT DAN NEGERI

2.PERLUASKAN URUSAN PENGURUSAN PARTI,IAITU:
a)DENGAN KEPERLUAN MENUMPUKAN USAHA ATAU MERANGKA STRATEGI ATAU PENDEKATAN DENGAN
MASYARAKAT CINA DAN BUKAN MELAYU LAINYA.SERTA MENYESUAIKAN PENDEKATAN DENGAN
MELIBATKAN LEBIH RAMAI KELOMPOK MASYARAKAT INDIA.
b)KEPERLUAN MENGEMUKAKAN CADANGAN HUBUNGAN DENGAN BADAN-BADAN ISLAM DISAMPING
MEMPERHEBATKAN ACARA LATIHAN.
c)SEKRETARIAT YANG PERLU DIPERKEMASKAN DENGAN MENGAMBILKIRA SEMUA CADANGAN YANG
DIKEMUKAKAN SERTA MEMASTIKAN KEWUJUDAN PEJABAT-PEJABAT CABANG.

3.BEBERAPA TOKOH PENTING YANG DIPERCAYAI MENYOKONG PERJUANGAN PARTI SEWAKTU PILIHANRAYA LEPAS PERLU DIDEDAHKAN DALAM PELBAGAI PERINGKAT.

4.KEANGGOTAAN DAN RANTING KEADILAN MESTILAH DIPERTINGKATKAN KERANA IA ADALAH LAMBANG
KEKUATAN SEBENAR PARTI.

5.PEMUDA SERTA WANITA PERLU DIBERIKAN WEWENANG DAN KELONGGARAN MEMBUAT KENYATAAN DAN
MENGADAKAN PROGRAM SELAIN ISU DASAR DAN LAPORAN.

BAGI MEMENUHI CITA-CITA UNGGUL DAN MURNI INI,KITA PERLU PERKUKUH BARISAN SECARA PADU:BUNYANUN MARSUS,BERMUAFAKAT DAN BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN.KEPENTINGAN PERJUANGAN DAN ASPIRASI RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN.

KATA-KATA DAN TINDAKKAN ADALAH PENENTU KEMENANGAN...

DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN KEM MANTAP

Thursday, October 15, 2009


POLITIK MALAYSIA KEARAH ALAF DAN BUDAYA BARU

Sesungguhnya Malaysia kini menghadapi suatu gelombang perubahan politik yang amat bermakna serta bersejarah.Selepas perjuangan kemendekaan negara 1957,detik kini juga membuka suatu lembaran baru kepada politik Malaysia.Samaada mereka berada di perdesaan atau bandar,berjawatan tinggi atau petani,tua atau muda,perbagai lapisan keturunan dan agama,semuanya merasakan denyut perubahan ini.Malahan seluruh dunia sedang memerhatikan perubahan yang berlaku ini dengan penuh minat dan harapan.

Bagi rakyat Malaysia yang cintakan kemerdekaan,demokrasi dan kemajuan negara,gelombang perubahan ini pastinya suatu yang amat diharapkan bagi menyelamatkan negara dari bencana.
Ia lantaran dari tindakan segelintir manusia yang rakus hingga mengakibatkan hutang negara melonjak tinggi,penyalahgunaan kuasa dan wang rakyat, pembaziran dan institusi pendidikkan dan demokrasi dirobek serta perbagai kebejatan lain.

HARI INI DENGAN CETUSAN KESEDARAN YANG DIMULAKAN OLEH DATO SRI ANWAR IBRAHIM,DENGAN IZIN ALLAH S.W.T PROSES MENERAJU PERUBAHAN MEMBAWA KEPADA POLITIK ALAF DAN BUDAYA BARU INI TELAH MENAMPAKKAN NATIJAHNYA..
DENGAN SLOGAN MEMERDEKAKAN DIRI DAN MINDA RAKYAT,GERAK KERJA BERTERASKAN KEADILAN.DENGAN POLITIK DAN BUDAYA BARU,GELOMBANG INI TERUS MENGGUGAT REGIM UMNO/BN.BERBEKALKAN TEKAD DAN AZAM,KEIKLASAN DAN PENGORBANAN,PERJUANGAN MENEGAKKAN KEBENARAN DAN KEADILAN SERTA MENUMBANGKAN KEZALIMAN AKAN MENJADI KENYATAAN

INILAH MASANYA POLITIK MALAYSIA KEARAH ALAF BARU..BUDAYA BARU KITA MEREBUT MAKNA KEMERDEKAAN.JUSTERU ITU ATAS NAMA PERJUANG PERUBAHAN
MEMBAWA PERBAHARUAN DAN KEADILAN KITA GERAKKAN KEMENANGAN INI MALAYSIA TERCINTA..

DENGAN ALLAH S.W.T KITA BERSERAH
DENGAN RASULULLAH S.A.W.KITA CONTOHI
DENGAN GURU SEPERJUANGAN KITA MOHON BIMBINGAN
DENGAN RAKAN SEIDEALISME KITA PADUKAN PASUKAN..
AYUH!!LAWAN TETAP LAWAN
LAWAN SAMPAI MENANG
POLITIK BARU,BUDAYA BARU,ALAF BARU
UNTUKMU MALAYSIA



SALAM PERJUANGAN
Presiden Mantaps

UNTUK PERUBAHAN MALAYSIA~UPMALAYSIA

Wednesday, October 14, 2009





MESRA RAYA SATUKAN PAKATAN RAKYAT

SAUDARA-SAUDARI
SALAM PERJUANGAN
SALAM REFORMASI
SALAM PERSAHABATAN....


SESUNGGUHNYA TAHUN 2008 ADALAH ANUGERAH BUAT KEADILAN..TAHUN YANG TELAH BANYAK MEMBERI NIKMATNYA DALAM PERJUAGAN..TAHUN INI JUA REGIM PIMPINAN BARISAN NASIONAL KHASNYA UMNO TUNDUK LESU..KAKU..LAYU..DAN AKAN TERUS REPUT MENJELANG TAHUN 2010..PERCAYA DAN YAKINLAH.

SAUDARA-SAUDARI YANG DIMULIAKAN..

SEPANJANG BULAN RAYA INI KITA TELAH DAPAT MENYATU KAN SATU BANGSA YANG DINAMAKAN BANGSA MALAYSIA BARU.MELIHAT SENARIO SAMBUTAN BERBILANG KAUM BERMULA DENGAN RUMAH TERBUKA MESRA RAYA BAPAK ANWAR IBRAHIM SELAKU PRESIDEN PARTI KEADILAN DAN SETERUSNYA SELURUH PIMPINAN PAKATAN RAKYAT MAKA TERSERLAH SINAR HARAPAN BERCAHAYA GEMERLAPAN DENGAN KEHADIRAN RIBUAN TERTAMU BERBILANG KAUM DIRUMAH-RUMAH TERBUKA INI.

GELABAH UMNO LALU DITAJANYA RUMAH TERBUKA TAPI MALANGNYA BERITA YANG DITERIMA HANYA BAYANG-BAYANG SINAR MENTARI MEMENUHI RUANG HIDANGAN SEHINGGA TERPAKSA MEMAKSA SELURUH KAKITANGAN KERAJAAN MENGAMBIL CUTI SETENGAH HARI BAGI MEMENUHI UNDANGAN PAK-PAK MENTERI.

BEGITULAH HEBATNYA TAHUN 2009..MESRA RAYA TAHUN INI ADALAH YANG MENLAKARI SENYUMAN BERMAKNA BUAT KEADILAN DAN PAKATAN RAKYAT..KITA AKAN TERUS BERJUANG SEHINGGA REGIM BERNAMA BN DAN UMNO KHASNYA..TUNDUK MENERIMA ARUS KEBANGKITAN RAKYAT.

SAUDARA-SAUDARI
SAHABAT SEPERJUANGAN..

MARI KITA BERJUANG DAN TERUS BERJUANG..JANGAN RASA GERTAK DAN TAKUT,WALAU APA BERLAKU NAMUN PERCAYALAH KERAJAAN INI PASTI MILIK KITA...

TIDAK MINGGU INI..MINGGU DEPAN
TIDAK BULAN INI..BULAN DEPAN
TIDAK TAHUN INI..TAHUN DEPAN
PASTI DAN PASTI KITA MENANG PILIHANRAYA AKAN DATANG.
INSYAALLAH.....
LAWAN DAN LAWAN DAN TERUS LAWAN!!!


SALAM MESRA
PRESIDEN MANTAPS

SEBUAH RENUNGAN UNTUK PEJUANG KEADILAN

Tuesday, October 13, 2009


MEMERDEKAKAN KEMENANGAN RAKYAT BAGAN PINANG...

SAUDARA-SAUDARI..
NEGERI, CABANG , DAN ANGKATAN MUDA KEADILAN..

KITA SUDAH PUN MELALUI CABARAN DAN RINTANGAN CUKUP KUAT DARI PARTI BN/UMNO DALAM PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG.ALHAMDULILAH!!BAGAIMANA KASARPUN TEKANAN MEREKA,NAMUN KITA MENANG DAN MENANG.TAHNIAH!SELURUH JENTERA PARTI PAKATAN RAKYAT YANG TELAH MAMPU MENENTANG KEDURJANAAN,KEKOTORAN LACUR DAN KETIDAK ADABNYA PIHAK LAWAN DALAM MENGHADAPI KEMENANGAN REGIM UBN DAN SETERUSNYA SA PERASUAH DAN PENYAMUN WANG RAKYAT MENDUDUKI KERUSI BAGAN PINANG.

OLEH YANG DEMIKIAN,MARILAH KITA PERKUATKAN JEMAAH KITA MULAI SAAT KEMERDEKAAN INI,MENUMPUKAN SELURUH PERHATIAN MELALUI SATU PERJALANAN MENUJU KE PUTRAJAYA DENGAN BERBEKALKAN KEYAKINAN JELAS PERJALANAN INI SUDAH HAMPIR TERLALU DEKAT.HANYA KITA YANG MENGETAHUINYA DARI MEREKA ITU.

MAKA PROGRAM KEMENANGAN RAKYAT SUDAH DIATUR,DAN SETIAP AHLI HARUS PEKA PERKHABARANNYA DARI MASA KE SEMASA.BERSEDIA UNTUK MELALUINYA LEBIH MUDAH DARI BERSEDIA UNTUK MENGINGATINYA.GERAKMANTAPS MEMERDEKAKAN KEMENANGAN RAKYAT SUDAH MENYUSUN LIKU-LIKUNYA...



ANDAI KEKUATAN UNTUK BERJUANG DIPERSIAKAN..JANGAN DISALAHKAN MASADEPAN YANG GELAP..

DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN KEM MANTAP





GERAK MANTAPS SUDAH BERMULA

SALAM PERJUANGAN BUAT SELURUH PIMPINAN DAN AHLI-AHLI KEADILAN...

KEMANTAPAN PARTI AGENDA UTAMA KITA,TERUS ADA RASA KEKUATAN DAN KETEGUHAN DIRI..JANGAN ADA RASA KETAKUTAN UNTUK TERUS BERBICARA KEPADA MEREKA YANG MEMIJAK PARTI KITA DENGAN KATA-KATA KESAT.

SAHABAT PIMPINAN..
GUNA BAHASA LEMBUT MENUSUK JIWA..GUNA BUDI AKAL MEMUTAR KATA DAN DALAM BICARA DENGAN MEREKA JANGAN ADA CACIMAKI KERANA ITU BUKAN BUDAYA KEADILAN BILA BERHUJAH.BANYAK SENYUM DAN BANYAK BERTENANG,SEJUKKAN HATI MEREKA DENGAN ZIKIRULLAH NESCAYA MEREKA AKAN MENYEBERANG MEMAUT PARTI KEADILAN.

HARI INI DAN HARI ESOK HARI ESOK DAN HARI SETERUSNYA SETIAP CABANG DAN RANTING HARUS MENGGERAKKAN WADAH PERJUANGAN KEADILAN..MULA DENGAN LANGKAH TERAWAL DENGAN MENGUMPULKAN AHLI-AHLI BARU,DIDIK DAN LATIH MEREKA MEMAHAMI SENARIO SEMASA PARTI,VISI DAN MISI PARTI...MEMOTIVASIKAN MINDA MEREKA ADA RASAI KASIHSAYANG DAN KECINTAAN PADA PARTI SERTA RASA PENGORBANAN UNTUK PARTI.

DALAM MASA TERDEKAT SATU ARUS PERUBAHAN AKAN BERLAKU...MENGAMBIL ALIH MUDAH AKAN TETAPI UNTUK MENGEKALKAN AMAT SUKAR JIKA TIADA PERANCANGAN TELITI.MAKANYA!!KITA SEDANG MERANCANG MENERUSKAN GERAK MANTAPS MEMBERI KEFAHAMAN CUKUP JELAS DENGAN SELURUH AKTIVITI-AKTIVITI RAKYAT UMUM AKAN DILANCARKAN..PERKHABARAN AKAN DIUMUMKAN SEDIKIT MASA LAGI.

TERUS BERJUANG ANDAI KESEMPATAN DIBERI OLEHNYA....

KEM MANTAP~SALAM MENYAMBUT RAMADHAN

Saturday, August 22, 2009


AHLAN WA SAHLAN,YA RAMADHAN

KEDATANGANMU KAMI RINDUI,
PEMERGIANMU KAMI TANGISI,
SINAR ILAHI KEMBALI LAGI,
RAIKAN RAMADHAN DENGAN..
UKHWAN ISLAMIYYAH!!!

HIDUPKAN RAMADHAN IBADAH YANG BERAKAH.


DARIPADA:PRESIDEN DAN AJK SEKTATERIAT KEM MANTAP.


ALHAMDULLILAH...

KAMI BERSOLAT TERAWIH BERJEMAAH BERSAMA PENDUDUK-PENDUDUK PJS DUN TAMAN MEDAN,YB HANIZA.
AHLI MAJLIS MPPJ SAUDARA MAHARUL,KETUA AMK KEADILAN CABANG PJS DAN ANAK MUDA PJS.
INSYAALLAH..
PADA 30.8.09 KEM MANTAP BERSAMA ANAK MUDA PJS AKAN MENGATUR SOLAT QIYAMULLAI YANG DIPIMPIN OLEH IMAN MASJID JUMULLIYAH TAMAN DATO HARUN.

SALAM MENYAMBUT RAMADHAN..

TAKLIMAT KHAS BERSAMA ANAK MUDA PUCHONG.

Thursday, August 20, 2009





"ANAK MUDA PERLU DISEMAI BUDAYA KEPIMPINAN.ANAK MUDA PERLU DIJANA DENGAN KEMANTAPAN JATIDIRI.ANAK MUDA ADALAH PEWARIS MASA DEPAN BANGSA.TIDAK KIRA APA WARNA KULITNYA,TIDAK KIRA APA AGAMANYA,TIDAK KIRA APA BANGSANYA..IA TETAP ANAK MUDA MALAYSIA".
(Sedutan ucapan Khairul Anuar Othman dalam bengkel DATARAN ANAK MUDA DUN PJS)

MALAM INI PRESIDEN MANTAP DIJEMPUT UNTUK MEMBERI TAKLIMAT KHAS TENTANG ANAK MUDA KEARAH PERUBAHAN DAN PERBAHARUAN AGERDA POLITIK BARU.

TARIKH:20HB.OGOS.2009
MASA :8PM-11PM
TEMPAT:KG KENANGAN BT13 PUCHONG

KEM MANTAP-KITA SATU PASUKAN MANTAP!!














DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN MANTAP:

Kita sewajarnya lebih dewasa setelah melalui pilihanraya lalu.Benar kita mampu menawan selangor dari regim UBN dan benar prentasi kita secara menyeluruhnya membanggakan,namun kita tewas. Dibanyak peringkat pimpinan NEGERI,CABANG DAN RANTING masih wujud faham kelompok sempit dikalangan beberapa pimpinan.Kita harus lebih tawaddu'-mengakui satu,dua tokoh betapa sekali hebatpun tidak berupaya menggerakkan parti tanpa dokongan dan kerjasama intim dan mantap.Sebab itu dalam bicara saya dimana-mana seminar, saya ulangi dengan tegas-kita mesti mengutamakan keperluan yang mendesak iaitu memikirkan urusan jentera,strategi parti,tuntutan anggota parti dan rakyat massa.Ini termasuklah:

1.Kita wujudkan keharmonian dalam parti dan jangan ada tuduh-menuduh dan sebarang ugutan.
2.kita beri penumpuan usaha atau merangka strategi atau pendekatan dengan masyarakat Cina dan bukan melayu lainnya.Serta menyesuaikan pendekatan dengan melibatkan lebih ramai kelompok masyarakat India.
3.Keanggotaan dan ranting KEADILAN mestilah dipertingkatkan kerana ia adalah lambang kekuatan sebenar PARTI.

Bagi memenuhi cita-cita unggul dan murni ini kita perlu perkukuh secara padu:bunyanun marsus,bermuafakat dan bertindak sebagai satu PASUKAN.

KEPENTINGAN PERJUANGAN DAN ASPIRASI RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN.

Memantapkan Bloggers dengan Pemimpin KeADILan Rakyat

Wednesday, August 19, 2009
.
.



Teraju Blogger Mantap Bersuara, Khairul Anuar Othman, sedang merancang Pertemuan Sehari Bloggers dengan Pemimpin Tertinggi KeADILan Rakyat.



Perbincangan dengan Tian Chua sedang berlangsung.



Tarikh dipilih ialah selepas pilihanraya kecil N 11 Permatang Pasir, Pulau Pinang.

Berlangsung selama sehari.

9 Pagi hingga 6 Petang.

Hotel dikenalpasti Kuala Lumpur, dan bakal ditempah setelah diketahui jumlah hadirin.

Perincian pertemuan sedang disusun.

Sebarang pertanyaan kemukakan kepada:



Zubli Zainordin
Blogger Rakyat Malaysia
Meraks (Media Rakyat Selangor)
http://meraksel.blogspot.com/
zubli.s.ebook@gmail.com
013 649 2014

BENGKEL SILATURRAHIM&KEPIMPINAN BERPOLITIK

Apabila Presiden Mantap bersuara :

Semua orang adalah pemimpin:

"Banyak orang berharap diri mereka menjadi pemimpin.namun mereka seringkali tak menyedari bahawa sebenarnya mereka adalah pemimpin bagi diri mereka sendiri.Saat seorang anak menjadi ketua kelas,maka ia adalah pemimpin.Guru sekolah adalah pemimpin bagi muridnya.Seorang ibu pun pemimpin bagi anak-anaknya.Hampir setiap orang menjadi pemimpin dilingkungan masing-masing,terlepas dari besar kecilnya jumlah orang dalam kelompok tersebut.meskipun hanya satu orang pengikutnya saja,maka ia masih bisa kita bicarakan sebagai PEMIMPIN.
BAHKAN,SETIAP MANUSIA ADALAH PEMIMPIN BAGI DIRINYA SENDIRI.YANG PASTI ANDA ADALAH SEORANG SATRIA 157"
(Sedutan ucapan Presiden Mantap di Kelana jaya)








Orang Seni Orang Kita ~ Latiff Ibrahim Mantap!

.
.
.
Teraju Negara
Anwar Ibrahim




Latiff Ibrahim


Terima kasih, Hanafi Mohamed.

Kemantapan Tian Chua Berpidato...

.
.
.




Pidato penting untuk menang pilihanraya.



serta membawa transformasi kebaikan kepada Rakyat dan Negara Malaysia.

Sepagi Lagi Lebih Mantap Dekati Perubahan Malaysia Baru

.
.
.