Agenda Besar Perjuangan Dan Kita Di Kem Mantap

Tuesday, August 4, 2009


Siapakah pemimpin yang ada di kalangan pemimpin negara penggal terakhir ini, yang mahukan dia tidak berada dalam kapasiti menerajui perubahan?

Anwar Ibrahim.

Perlu diingat bahawa faktor keputusan PRU 12 ialah pemimpin. Ada paling tidak 3 pemimpin yang mempengaruhi keputusan menang kalah pilihanraya tersebut.

Seorang daripadanya ialah Anwar Ibrahim.


Gambar kredit untuk AFP Dipetik dari sjsandteam.wordpress.com

Tidak ramai menduga dan tidak ramai menyangka Anwar Ibrahim dibebaskan. Setelah bebas dari penjara Sungai Buloh, Anwar Ibrahim melakukan sesuatu yang tidak pernah, dan mungkin tidak mampu dilakukan oleh mana-mana pemimpin UMNO dan Barisan Nasional. Yakni, menyatukan Parti KeADILan Rakyat dengan PAS dan DAP, di atas satu perjuangan perubahan, yang telah menyaksikan kemenangan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, dan Selangor.


Ini satu kelebihan Anwar Ibrahim.

Jika Anwar Ibrahim terus memperjuangkan hak dan kepentingan Rakyat, maka mantap, momentum ke arah kemenangan di PRU 13, InsyaAllah menjadi nyata.

Itulah kemenangan paling besar dan paling manis untuk kita Rakyat di Malaysia.

Masih ingat lagi..."Hari ini membentuk kerajaan, esok harga minyak turun"!

Tiada seorang pun pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional mempunyai formula menangani isu besar 5 Jun 2008.

Barangkali mungkin gamaknya yang paling hebatpun di kalangan mereka dikatakan hanya sekadar menang debat air lior sahaja. Sedangkan mereka tidak mempunyai niat mengutamakan Rakyat dan berusaha ke arah memenangkan Rakyat menangani isu minyak.

Ketika itu Anwar Ibrahim tahu natijah perjuangannya. Dia bukuwan. Hubungan dalam dan luarnya membolehkan dia memahami isu ini dan mempunyai data dan fakta. Akhirnya kemenangan Anwar Ibrahim dalam debat itu ialah kemenangan semua Rakyat, termasuk mereka yang bersorak sorai menyokong harga minyak diesel dan petrol dinaikkan.

Seperti pemimpin lain, Anwar Ibrahim ada kelebihan dan ada kekurangan. Jika kekurangan terpulanglah kepadanya untuk memperbaiki diri. Jika bertubi serangan pihak lawan, terserahlah kepada Anwar Ibrahim mendepaninya. Ini adalah disebabkan pemimpin seperti Anwar Ibrahim, mestilah ditampok wira di arena sepak terajang politik Malaysia.

Namun, bagi kita, jika ada seorang pemimpin di Malaysia kini yang mampu mengangkat Rakyat dan Negara Malaysia ke arah mantap, pemimpin itu ialah Anwar Ibrahim.

Anwar Ibrahim pernah di ranking kedua negara. Ramai pemimpin sekarang adalah pemimpin yang pernah bekerja di bawah kepemimpinannya. Kini, peranan kita semua khususnya di Kem Mantap, meletakkan Anwar Ibrahim di ranking nombor satu negara. Terutama tiada lagi pemimpin dalam UMNO dan Barisan Nasional yang bertaraf nasional dan internasional.

Maka PRU 13 ialah usaha murni menamatkan pemimpin dan kepemimpinan negara dari kalangan parti dan gabungan berbudaya seperti mereka ini.

Kita di Kem Mantap menyeru semua pemimpin dalam Parti KeADILan Rakyat, PAS dan DAP, memberi sokongan penuh kepada Anwar Ibrahim, khususnya dalam agenda besar gerak dari Permatang Pauh ke Parlimen dan seterusnya ke PutraJaya.

Apabila ini terjadi, kita akan dapat menyaksikan DAP menterjemahkan segala yang diperjuangkan selama ini menjadi kenyataan. Kita harapkan PAS membekalkan pemimpin murni yang dapat menerajui negara selama 50 tahun akan datang. Manakala pemimpin Parti KeADILan Rakyat melepasi malu alah supaya berdiri di sisi Anwar Ibrahim dengan memantapkan diri sebagai pemimpin unggul.

Ini yang kita usahakan terutama bermula sekarang, mantapkan gerak Reformasi kepada Transformasi memajukan Rakyat Malaysia dan memakmorkan negara Malaysia.

Kita mantapkan seluruhnya untuk berhadapan dengan UMNO dan Barisan Nasional di Permatang Pasir dan seterusnya di PRU 13.

Itu fokus kita.

Sudah-sudahlah itu pemimpin dalam Pakatan Rakyat yang menambah bebanan dalam bulatan ini, mantapkanlah diri supaya Anwar Ibrahim tidak dibebani isu dalaman, dan dia selesa berhadapan dengan pihak di sana yang kita usahakan kepemimpinan mereka penggal terakhir kini.

Begitu juga pemimpin yang tidak faham-faham lagi mahu bersekongkol dalam budaya lama pemimpin itu itu juga yang tidak akan membawa makna dan perubahan sebenar.

Contohnya, jika hari ini Pakatan Rakyat memimpin negara, InsyaAllah tamatlah I.S.A. Pendidikan percuma untuk semua. Dan banyak lagi, dalam manifesto PRU 12 dapat mudah dilaksanakan segera dan mantap pula.

Bersatu kita memantapkan keseluruhan diri dan parti serta bulatan Pakatan Rakyat, supaya Rakyat menang sepenuhnya di PRU 13.

Kem Mantap memulakan kenyataan menyokong total terhadap pemimpin dan kepemimpinan waris pejuang Melayu yang membawa harapan baru kepada Malaysia dan berperanan sama mengubah iklim dan senerio politik antarabangsa.

Inilah sokongan mantap untuk perjuangan Agenda Besar milik dan kongsi kita bersama.

Pemimpin itu ialah...



Foto dipetik dari
amkwp.blogspot.com
...Ya! Anwar Ibrahim.

0 comments:

Post a Comment