DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN KEM MANTAP

Monday, October 19, 2009


RENUNGAN BUAT PIMPINAN & AHLI PARTI



KITA SEWAJARNYA LEBIH DEWASA SETELAH MELALUI PILIHANRAYA LALU.BENAR PRESTASI KITA SECARA MENYELURUHNYA MEMBANGGAKAN,NAMUN KITA TEWAS.DIBANYAK PERINGKAT PIMPINAN NEGERI DAN CABANG MASIH WUJUD FAHAM KELOMPOK SEMPIT DI KALANGAN BEBERAPA PIMPINAN. KITA HARUS LEBIH TAWADDU'-AKUI BAHAWA SATU,DUA TOKOH BETAPA SEKALI HEBATPUN TIDAK BERUPAYA MENGGERAKKAN PARTI TANPA DOKONGAN DAN KERJASAMA INTIM DAN MANTAP.SEBAB ITU SAYA ULANGI DENGAN TEGAS-KITA MESTI MENGUTAMAKAN KEPERLUAN YANG MENDESAK IAITU MEMIKIRKAN URUSAN JENTERA,STRATEGI PARTI,TUNTUTAN AHLI DAN RAKYAT.INI TERMASUKLAH:

1.WUJUDKAN KEHARMONIAN DALAM PARTI DAN JANGAN ADA TUDUH-MENUDUH DAN SEBARANG UGUTAN. KUMPULKAN MAKLUMAT YANG PATUT DITELITI OLEH "PASUKAN PETUGAS KHAS" SEBELUM DIRUJUK KE BIRO POLITIK DAN MAJLIS PIMPINAN PUSAT(MPP).HANYA SESUDAH ITU,BOLEH DIKEMUKAKAN BERSAMA CADANGAN BAGI MENGUKUHKAN PIMPINAN PUSAT DAN NEGERI

2.PERLUASKAN URUSAN PENGURUSAN PARTI,IAITU:
a)DENGAN KEPERLUAN MENUMPUKAN USAHA ATAU MERANGKA STRATEGI ATAU PENDEKATAN DENGAN
MASYARAKAT CINA DAN BUKAN MELAYU LAINYA.SERTA MENYESUAIKAN PENDEKATAN DENGAN
MELIBATKAN LEBIH RAMAI KELOMPOK MASYARAKAT INDIA.
b)KEPERLUAN MENGEMUKAKAN CADANGAN HUBUNGAN DENGAN BADAN-BADAN ISLAM DISAMPING
MEMPERHEBATKAN ACARA LATIHAN.
c)SEKRETARIAT YANG PERLU DIPERKEMASKAN DENGAN MENGAMBILKIRA SEMUA CADANGAN YANG
DIKEMUKAKAN SERTA MEMASTIKAN KEWUJUDAN PEJABAT-PEJABAT CABANG.

3.BEBERAPA TOKOH PENTING YANG DIPERCAYAI MENYOKONG PERJUANGAN PARTI SEWAKTU PILIHANRAYA LEPAS PERLU DIDEDAHKAN DALAM PELBAGAI PERINGKAT.

4.KEANGGOTAAN DAN RANTING KEADILAN MESTILAH DIPERTINGKATKAN KERANA IA ADALAH LAMBANG
KEKUATAN SEBENAR PARTI.

5.PEMUDA SERTA WANITA PERLU DIBERIKAN WEWENANG DAN KELONGGARAN MEMBUAT KENYATAAN DAN
MENGADAKAN PROGRAM SELAIN ISU DASAR DAN LAPORAN.

BAGI MEMENUHI CITA-CITA UNGGUL DAN MURNI INI,KITA PERLU PERKUKUH BARISAN SECARA PADU:BUNYANUN MARSUS,BERMUAFAKAT DAN BERTINDAK SEBAGAI SATU PASUKAN.KEPENTINGAN PERJUANGAN DAN ASPIRASI RAKYAT PERLU DIUTAMAKAN.

KATA-KATA DAN TINDAKKAN ADALAH PENENTU KEMENANGAN...

0 comments:

Post a Comment