DARI HATI DAN MINDA PRESIDEN MANTAPS

Monday, November 9, 2009

ANTARA ORANG BESAR-BESAR DAN ORANG BAWAHAN
Saya masih ingat beberapa bulan lepas, saya pernah mengeluarkan dua artikel didalam blog ini berkaitan dengan 'perangai' beberapa orang YB-YB PKR terutamanya yang suka membuat 'onar' serta seakan menjadi barah kepada PKR khususnya dan kerajaan Pakatan Rakyat umumnya didalam membentuk kerajaan dibeberapa negeri yang diperintah.

Terbaru kini dengan 'adegan' seorang YB PKR daripada Selangor yang secara terbukanya telah membuat keputusan untuk keluar parti PKR dan seterusnya menjadi Adun bebas disana dan didalam masa yang sama menyokong kepimpinan Umno khususnya Dato Sri Najib Tun Razak selaku Perdana Menteri Malaysia. YB ini ialah saudara Badrul hisham (Didalam gambar) yang juga Adun Pelabuhan klang.

Namun saya berpandangan setiap perkara yang telah berlaku ini mesti kerana sebab yang tertentu terutamanya yang berkaitan masalah peribadi yang begitu ketara oleh YB-YB tersebut disamping faktor dalaman parti juga khususnya. Saya tidak mahu huraikan disebabkan faktor sogokan wang atau pujukan rayu parti lawan atau sengaja di 'kacau' oleh Umno / BN kerana itu sudah pasti ianya berlaku!

Sebagaimana kata Dato Menteri Besar Tan Sri Khalil Ibrahim selaku pengerusi MPN SELANGOR PKR memberitahu bahawa masalah ini telah dijangka akan berlaku, kerana Badrul sememangnya mempunyai masalah peribadi yang sangat teruk.
Hasil maklumat itu,Badrul juga dikatakan jarang turun kawasan untuk melihat rakyat dan sering berjumpa dan dijemput oleh pemimpin-pemimpin UMNO di Selangor.

"Saya dah menasihatkannya, tapi masalahnya beliau terlalu rapat dan sering berkawan dengan pemimpin UMNO dan perangai pun dah macam orang UMNO

Itu perkara yang selalu dijadikan alasan dan sebab musabab yang utama apabila seseorang YB PKR bertindak sedemikian serta yang pastinya ianya akan dijuruskan kepada permasalahn yang lebih peribadi. Tetapi adakah kita pernah terfikir terutamanya di kotak pemikiran ahli-ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR apa yang dimaksudkan 'pengabaian oleh pucuk pimpinan terhadap orang bawahan'.

Ianya agak menarik untuk dihuraikan dan kerana itulah didalam artikel kali ini saya lebih 'mengambil kisah' pada konflik-konflik dalaman yang berlaku didalam PKR walaupun ini dilihat sebagai isu kecil sahaja oleh pucuk pimpinan atasan terutamanya apabila masalah ini dibangkitkan oleh pemimpin-pemimpin diperingkat bawahan (Cabang dan ranting).

Saya amati kata-kata ketua-ketua cabang dan ranting ini dan beberapa perkara yang diperkatakannya jelas tidak dititik beratkan oleh Majlis Pimpinan Parti PKR serta tidak diendahkan pun oleh pucuk pimpinan selama ini. Semuanya dibuat menurut pertimbangan tersendiri sahaja. Yang pasti bukan saya seorang yang melihatnya ini tetapi sudah ramai para ahli serta pimpinan diperingkat cabang serta negeri yang melihat ianya berlaku kini.

Selalu saya katakan, kesetiaan ahli parti didalam apa jua keadaan parti kita amat penting. Tidak kira disaat kejatuhan atau disaat kita meraihkan kejayaan. Ini merupakan faktor utama pada kejayaan sesebuah parti politik. Sebab itu selepas PRU 12 Mac 2008 lalu, berbondong-bondong dan berderu-deru para mantan pemimpin-pemimpin besar dan ahli bawahan daripada BN tidak kira daripada Umno, MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya telah menyertai PKR terutamanya sebagai wadah baru mereka.

Untuk sejarah yang perlu diingati kembali, sebagai antara ahli yang bersama-sama mengisi borang beramai-ramai pada 04.04.1999 untuk menyertai parti ini khususnya (dahulu Parti Keadilan Nasional) di Renaissance Hotel, Jalan Ampang kita merasa bangga kerana selepas hampir sedekad, PKR kini telah diterima ramai rakyat Malaysia dan menjadi parti yang besar khususnya selepas PRU 12 lalu.

Oleh yang demikian kita mahu berkongsi pandangan dan mengingatkan Majlis Pimpinan Pusat PKR disaat kita begitu ghairah menerima keahlian 'orang besar-besar' daripada parti lawan, usah dilupakan dengan kami orang dibawah yang sejak awal tidak pernah goyah serta lari daripada perjuangan PKR. Kita sejak awal diajar menghormati serta buat kerja untuk parti dan kita akur.

Kini semacam trend apabila ada sahaja 'orang besar-besar' melompat dan menyertai parti PKR, maka dengan mudah sahaja diterima tanpa menyiasat terlebih dahulu kenapa mereka dengan tiba-tiba menyertai PKR dan kenapa ianya melompat sekarang? dan seterusnya mudah pula dilantik untuk menganggotai MPP serta diberi peranan yang hebat sedangkan mereka yang besar-besar ini tidak lagi di uji pun walaupun sekecil mana apatah lagi untuk merasai apa yang kita rasa di era reformasi 1998-2002 dahulu.

Ada orang mengata lagi, dimanakah orang besar-besar ini ketika PKR teramat kecil dipandang orang suatu ketika dahulu? Kenapa ketika itu mereka orang besar-besar ini tidak mahu menyertai kita terutamanya sebelum terjadinya perubahan di PRU 2008? Malahan ada juga diantara mereka ini secara terang-terang menentang parti kita di PRU 1999 dan 2004 dahulu.

Semuanya ketika ditanya memberi alasan yang cukup hebat..."kami sebenarnya menyokong DSAI tetapi daripada luar sahaja. Kami tahu perjuangan DSAI dan kami kenal beliau!" Tetapi yang menghairankan kita kata-kata mereka orang besar-besar ini diucapkan 'selepas' mereka ini tiada apa-apa lagi dengan wadah (tanpa jawatan dengan parti lama) yang mereka pegangi sebelum ini...kalau betul setia bersama DSAI kenapa tidak berani menyertai bersama kita sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Dr Zainal Ahmad (Mantan Timbalan MB selangor) serta oleh Dato Zahrain (Pengerusi MPP PKR Pulau Pinang) pada tahun 2004 dahulu yang mana ketika itu mereka berdua masih berjawatan didalam Umno.

Apa lagi yang diperkatakan oleh ahli-ahli bawahan apabila melihat senario seperti ini berlaku? Ye lah...antaranya berkata "mudahnya menjadi orang yang ada nama dan besar-besar ini, hari ini masuk PKR, hari ini juga diberi jawatan yang besar-besar dengan alasan oleh Majlis Pimpinan Pusat meraka ini semua banyak pengalaman ketika didalam BN dahulu dan seharusnya kita manfaatkan mereka bersama kita".

Kita setuju setiap alasan yang diberikan itu cuma kita rasa terkilan, kenapa seramai-ramai ahli-ahli kita yang sudah lama menyertai PKR tidak semudah itu untuk dilantik? Kita ada mantan duta, mantan Pengarah Pelajaran negeri, kita ada mantan profesional di Jabatan-jabatan kerajaan yang sudah terlebih dahulu dan lama menyertai PKR tidak diberi peluang yang seluas-luasnya dan yang teramat pasti mereka ini menyertai PKR bukan selepas PRU 2008!

Tanpa di biasakan dengan 'suasana parti' daripada bawah seperti ahli-ahli yang tersedia ada ini cuma satu persoalan sahaja yang ingin kita utarakan iaitu, "Dimanakah mereka orang besar-besar ini sekiranya ditakdirkan sekali lagi DSAI dihumban kedalam penjara sebagaimana yang terjadi antara 1999-2004 dahulu. Yang pasti sejak 1999 kita yang marhein ini lah yang perjuangkan DSAI tetapi tidak kepada yang besar-besar ini sebab ketika itu masih didalam BN dengan memegang jawatan waima sekecil jawatan pun jika tidak sebagai seorang menteri!"

Kami berani kata, "bahawa ketika itu sekiranya benar sekali lagi DSAI tiada dan dihumbankan ke dalam seperti dahulu, mereka orang besar-besar ini pasti akan 'menikus sama' dan lari daripada PKR!"

Percaya lah....sesungguhnya kami berbangga dengan penghijrahan mereka orang besar-besar kedalam PKR kini cuma kami mohon jasa baik DSAI dan majlis pimpinan pusat, usahlah diperbesarkan sangat kehadiran mereka, seharusnya hargailah dan gilapkan serta pandanglah kami terlebih dahulu sebelum 'menabalkan' mereka orang besar-besar ini sebagai orang yang terlalu hebat!

Kalau diamati betul-betul , inilah rasanya apa yang dikatakan sebagai masalah dalaman antara ahli-ahli bawahan diperingkat cabang dan ranting yang dilupai sehinggakan pandangan-pandangan bawahan kadang-kadang di lihat begitu 'enteng' serta selalu diketepikan oleh pucuk pimpinan pusat terutamanya.

Teringat kata-kata Dr Syed Hussein Ali (Timbalan Presiden PKR) ketika perjumpaan sesi penerangan untuk pergabungan Parti Keadilan Nasional-Parti Rakyat Malaysia menjadi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2003 dahulu antara lainnya berkata;

"Sebagai ahli parti PKR, kita seharusnya kena faham dan mendokongi prinsip-prinsip 17 Perkara dasar matlamat dan asas perjuangan parti PKR ini. Dengan memahami 17 perkara ini, Insya Allah ahli parti kita akan faham perjuangan PKR serta kekal selamanya bersama arus perjuangan"

Saya hendak tanya berapa ramai orang besar-besar terutamanya telah 'ditarbiahkan' dengan asas 17 perkara dasar ini sebagai panduan mereka sebaik sahaja mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat??

1 comments:

AGRO BISTRO said...

"Sebagai ahli parti PKR, kita seharusnya kena faham dan mendokongi prinsip-prinsip 17 Perkara dasar matlamat dan asas perjuangan parti PKR ini. Dengan memahami 17 perkara ini, Insya Allah ahli parti kita akan faham perjuangan PKR serta kekal selamanya bersama arus perjuangan"

Saya hendak tanya berapa ramai orang besar-besar terutamanya telah 'ditarbiahkan' dengan asas 17 perkara dasar ini sebagai panduan mereka sebaik sahaja mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat??

Khalid Ibrahim faham ke 17 perkara yang disebutkan ini?

Post a Comment