Orang Seni Orang Kita ~ Mantap!

Wednesday, August 19, 2009




Tian Chua, dan Khairul Anuar Othman telah diundang sebagai Tetamu VIP, di pelancaran filem pendek Wajah-wajah Malaysia.

htpp://www.15Malaysia.com.

Sekian lama ahli politik dari Parti KeADILan Rakyat (PKR) telah wujudkan hubungan politik-seni dengan para artis dan karyawan.

Dari situ terjalin kerjasama dan kelak kita bersama memantapkan silatur-rahim untuk kemenangan di PRU 13. Ini supaya nasib dan masa depan karyawan dan artis terus mantap, khususnya bila bermulanya UP Malaysia (Untuk Perubahan Malaysia).

Inilah berita baik dari Anwar Ibrahim,
disampaikan kepada anda,
bila
Presiden Kem Mantap
Khairul Anuar Othman
bersuara...

Presiden Kem Mantap di N 11 Permatang Pasir

Tuesday, August 18, 2009




KEM MOTIVASI-UNTUK PERUBAHAN MALAYSIA





Apabila presiden Mantap bersuara..
saudara-saudari,

Kitaran sejarah jelas menunjukan betapa sebarang perubahan besar memerlukan kekuatan budaya dan keazaman politik tinggi.Manakala tamadun-tamadun besar tidak akan mampu diwujudkan tanpa kewujudan insan refomis bagi memperkasa dan memacu agenda perubahan melalui proses islah semurninya.
"SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T. TIDAK AKAN MENGUBAH APA
YANG ADA PADA SESUATU KAUM SEHINGGA KAUM ITU
MERUBAH APA YANG ADA PADA DIRINYA"

(Ar-Raad 13:11)



Makanya anda dijemput untuk menghadiri KEM MOTIVASI-UNTUK PERUBAHAN MALAYSIA(UP) SIRI PENGENALAN.


BERMINAT SILA HUBUNGI:
URUSETIA KEM MANTAP

Cik Rosita - 0122169448
Encik yogi -0122252763
Encik David Cheong -0122860088
Encik yeop baharuddin - 0162929398

Matlamat utama dalam agenda Untuk Perubahan MALAYSIA(UP) adalah kearah membina masyarakat dan negara Malaysia yang ADIL dengan berpaksikan keyakinan agama dan nilai kemanusian yang luhur.

alhamdulilah!! KEM MOTIVASI UP MALAYSIA SIRI PERTAMA telah dapat disempurnakan dengan jayanya.

Bagaimana Perasaan Anda Melihat Ini Seluruh Malaysia

..




Tiada jelas wajahnya kini. Mungkin anda. Mungkin, anda yang makan guna chopstik, atau wade teh tarik une kesukaan, atau kat rumah anda berkain pelekat sahaja.

Faham ya..? Semua itu Rakyat Malaysia.

Adakah kita akan kata, "menyampah aku, menonjolkan diri", atau "Muka tak sedar diri", atau kita herdik, cemuh, dan kita benamkan peluang semua ahli untuk menjadi ketua.

Akan adakah usaha mencantas bakat pemimpin semasa masih muda lagi?

Adakah jika ini berlaku, terbangkit ramai pemimpin di kalangan kita, pucuk pemimpin akan marah?

Jika begitu, sedarkah kita kenapa beberapa pemimpin berbakat di kalangan kita, telah merajuk, dan ada yang berdendam, keluar meninggalkan parti dan menyertai platform lain?

Baiklah, apapun reaksi dan respons bila banyak banner dan poster begitu memenuhi tempat di bumi Malaysia, dan alam siber, biarlah...

Namun, bila diraih kebijaksanaan Presiden Mantap, Khairul Anuar Othman, beliau meluahkan isi hatinya.

Katanya, "Bagaimana kalau minggu depan, Parlimen dibubarkan, dan PRU 13 diadakan, Kita perlukan 1,000 pemimpin separas wibawa kepemimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim, mantapkah kita membekalkan jumlah itu dengan segera?"

Lihat sekeliling, andakah atau adakah pemimpin yang mantap untuk menduduki kerusi Perdana Menteri silih berganti selama 50 tahun dan seterusnya, dia yang menjunjung seluruh perjuangan KeADILan?

Sambung Khairul Anuar Othman lagi, "Saya sedang bekerjasama dengan Zubli Zainordin, dalam pelaksanaan kursus kepemimpinan mantap supaya bangkit ramai pemimpin di kalangan ahli Parti, seterusnya pengstrukturan supaya pejuang era Reformasi dikembalikan, dan mereka kembali berjuang, sesuai dengan kehendak Datuk Seri Anwar Ibrahim".

Bagaimana perasaan anda melihat foto di atas..?


.

Sebab itulah dalam hal ini penonjolan begini bagus untuk mantapkan Parti. Jika anda tidak begitu, maka, usah terkejut jika peluang diberikan tidak dimanfaatkan dan timbul pula pemberian peluang kepada mereka yang baru jadi ahli, atau hijrah dari parti terdahulu yang berbudaya lapok.

KEM MANTAP-MAKAN MALAM BERMESRA RAKYAT





MENGUKUH SEMANGAT KERJA BERPASUKAN
(TEAM WORK SPIRIT,"AMAL JAMAII)

Ajaran islam menuntut kita bersatu dan berkerjasama dalam perkara al bir wa al tagwa
(kebaikan dan ketagwaan).kesedian kita berjemaah untuk merealisasikan matlamat murni menegakkan kebenaran dan keadilan adalah tanda takwa yang paling tinggi dan utama serta dirahmati allah.

KITA SATU KELUARGA BESAR-MANTAP!MANTAP!!


Apabila presiden mantap bersuara...

MEMPERKASA AGENDA PERUBAHAN
Alhamdulilah..saya telah diberi kesempatan oleh saudara tian chuan merangkap MP BATU
untuk bertemu dengan masyarakat cina dan menyampaikan ucapan motivasi kepada mereka..
saya menyatakan harus ada agenda perubahan dlm memperkasakan sistem pemerintahan dan politik negara.

agenda perubahan ini berteraskan kepada dasar perjuangan KEADILAN iaitu:
1.Mewujudkan negara Malaysia yang adil dimana nilai keihsanan dan penyayang merupakan teras masyarakat.
2.Menghayati islam sebagai agama persekutuan malaysia sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin.
3.Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum berdasarkan prinsip keadilan untuk semua didukung oleh nilai-nilai perikemanusian bersama.akhirnya saya menyatakan juga bahawa Keadilan ia tidak berlandaskan wajah-wajah perkauman,dan bukan juga ideologi-ideologi khusus kerana perkataan KEADILAN itu mengatasi dan menembusi segala bibit-bibit perkauman..MARI KITA BERSAMA KERANA KITA SATU KELUARGA BESAR DALAM KEADILAN.

WE LOVE SELANGOR!!!

Sepagi Lagi Untuk Mantapkan Diri dan Parti

.

Mantap ~ Kursus Vokal Berkesan


Satu kursus bersiri Vokal Berkesan, bermaksud pembinaan diri yang mantap, untuk Kewartawanan Penyiaran.

Kursus ini InsyaAllah, akan dilangsungkan pada 18, 19, dan 20 Ogos 2009, dari jam 8 Malam hingga 10 Malam.

Sesiapa berminat, sila hubungi

Zubli Zainordin
Konsultan

http://www.facebook.com/home.php#/note.php?note_id=269973015552

Sama-sama Kita Mantap Dan

1Malaysia Tolak UMNO BN

Ramai Patut Keluar Barisan Nasional dan UMNO

Monday, August 17, 2009
.

Sertai Pakatan Rakyat Dan PKR

Monday, August 17, 2009


Ini laporan yang diterima. Nanti disahkan.

Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera, Mentakab, Pahang, merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh, telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO.

Seterusnya mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengumuman itu dikatakan berlangsung di antara beliau sendiri di hadapan Anwar Ibrahim, Sabtu lalu di Mentakab, Pahang.

Mantap! Mantap!! Mantap!!!

Temubual Ringkas Wakil Meraks Dengan Presiden Kem Mantap

...

Walaupun dijadualkan satu temubual eksklusif panjang-lebar di antara Wakil Meraks dengan Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Osman, namun jadualnya yang padat di Selangor, dan pergerakannya menuju N 41 Permatang Pasir, membolehkan 2 poin diperolehi darinya, yang dia masih berhati-hati dalam memberikan fakta, supaya kemantapan tetap mantap.

Poin 1.

Perihal beberapa kepemimpinan tertinggi UNISEL dan aduan bahawa ada pelaksanaan yang berbeza daripada amanat Anwar Ibrahim, sewaktu ceramahnya perkongsian fikir dengan pelajar UNISEL, di penghujung Short-Sem baru-baru ini.

Aduan dan perbezaan ini tidak mantap!

Natijahnya, tidak molek, dasar keadilan bawaan Parti KeADILan Rakyat, yang dijunjung tinggi Anwar Ibrahim, nama pelaksanaannya oleh beberapa pemimpin UNISEL masih belum memuaskan dari aspek kebajikan pelajarnya.

Poin 2.

Adanya jurang di antara pucuk kepemimpinan tertinggi Parti KeADILan Rakyat, dengan pemimpin peringkat cabang dan ranting, terutama ahli PKR tegar. Teguran kepada beberapa pemimpin yang lazimnya berkain pelikat sewaktu di rumah, dan pemimpin yang lazimnya berbual dalam bahasa Tamil di rumah. Ada jurang di antara pemimpin kalangan ini dengan ahli.

Jurang begini tidak mantap!





















Khususnya, disentuh juga mengenai pejuang di era Reformasi! Nasib dan kebajikan mereka, dan keperluan mereka dikembalikan berjuang, dan semangat mereka supaya kembali membara sedang kita tuju PRU 13.



















Terdapat juga susutan dari aspek kuantiti keahlian, jika pemimpin di pucuk parti bergaul sesama mereka sendiri dan jarang mereka adakan amalan akrab dan aktiviti nikmat dikongsi bersama dengan ahli di cabang dan ranting parti.

Sehubungan dua perkara tersebut, Khairul Anuar Othman berkata, inilah sebab utama kenapa Kem Mantap diwujudkan.





















Lahir daripada kesedaran Tian Chua, dan beberapa pucuk pemimpin yang amat inginkan cabang dan ranting, dan semua sekali ahli menjadi mantap. Dengan mantap, kita semua dapat nikmat yang dikongsi bersama. Dengan mantap, kita kukuh teguh dalam menghadapi cabaran dan gerak keji pihak yang mahu merampas pemerentahan Rakyat di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12 lalu.

Perihal kebajikan pelajar UNISEL, satu perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang disusun, supaya harmoni tercapai dalam urus dan cara di UNISEL.

Perihal jurang pemimpin dan ahli, dan kembalian sebahagian pejuang era Reformasi, satu usaha sedang disusun, setelah Zubli Zainordin dipertanggungjawabkan membantu Khairul Anuar Othman, di bahagian penstrukturan ke arah menyerlahkan peranan Kem Mantap di Selangor.

Khairul Anuar Othman juga menjanjikan satu perkongsian informasi dan pelaksanaan program untuk memanfaatkan semua ahli. Bahawa Anwar Ibrahim telah mendasarkan satu usaha yang bakal membawa makna besar kepada Parti KeADILan Rakyat, dan Rakyat Malaysia seluruhnya. Di mana Khairul Anuar Othman telah diberikan sebahagian tanggungjawab untuk menggerakkan pemikiran keadilan untuk semua, oleh Anwar Ibrahim ini, ke seluruh Malaysia.

Masih di peringkat konsep, dan terjemahan awal telah dilakukan, maka Khairul Anuar Othman akan memperincikan pendasaran keadilan dari Anwar Ibrahim itu, apabila dia kembali dari gelombang bulatan mantap mempertahankan kemenangan di N 41 Permatang Pasir, kelak.

Sama-sama kita nantikan berita baik ini.




















Demikian apabila
Khairul Anuar Othman
Presiden Kem Mantap
bersuara...



Laporan Wakil Meraks
(Media Rakyat Selangor
Pembekal Informasi
Dalam Siri Merakyatkan Informasi
di Selangor)

Love

Saturday, August 15, 2009

Flowers and Roses MySpace Comments and Graphics
Flowers and Roses Comments, Graphics
MySpace Layouts - Photobucket

Presiden Kem Mantap Ajak Semua Pertahankan

Kuasa Kerajaan Rakyat di Selangor



Sememangnya ada the Grand Design, usaha Najib dan kumpulan strategis kemnya.

Kenalkah kita siapa Najib ini? Akal dan budinya? Adakah dia peduli kepada kuasa Rakyat dan kuasa undi secara sah? Pedulikah dia?

Dengan siapa Najib bersekongkol dalam the Grand Design ini? Semua mereka ini mudah dikenalpasti siapa. Mereka telah rampas Perak dengan keji.

Kekejian rampasan yang sama sedang diusahakan di Selangor pula.

Berapa kuatkah gerakan the Grand Design ini? dipercayai, lebih kuat sekarang ketika Najib PM, berbanding ketika Najib TPM.

Betapa kuatkah gerakan the Grand Design ini untuk rampas Selangor?

Kita lihat pula betapa mantapnya kita.

Adakah mantap hubungan kita dengan Istana, terutama hubungan kita dengan Baginda Sultan Selangor.

Siapakah yang kerap sering masuk berkunjung ke Istana pada masa kini?

Adakah Pakatan Rakyat di Selangor mantap? Ada atau tidak para pemimpin saling hentam menghentam secara terbuka? Kenalpasti siapa mereka ini!

Adakah pemimpin menerajui kerajaan kita mantap? Ada atau tidak pendedahan yang mahu merosakkan imej dan peribadi mereka. Sama ada dari luar atau dari dalam. Kenalpasti siapa mereka ini!

Adakah parti kita PKR mantap di Selangor?

Adakah sayap, cabang, dan ranting mantap?

Adakah Ahli dan Penyokong kita mantap?

Bagaimana pula dengan sokongan Rakyat di Selangor sekarang, selepas PRU 12 berbulan telah berlalu?

Semua ini terjawab bila kelak Selangor kekal atau dirampas.


Adakah kita mahu tunggu sampai ke waktu itu baru kita bertindak?

Apakah yang boleh kita lakukan sekarang? Ya, sekarang!

Pandangan:


















Gulai Tempoyak

Wawancara Dengan Presiden Kem Mantap Di TV

Berdasarkan cadangan beberapa rakan, suatu usaha sedang disusun supaya Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Othman, muncul dalam Wawancara di Televisyen.

Rakaman dijangka sebelum Ramadhan, pada 15 atau 16 Ogos, 2009.

Besar kemungkinan, di TVSelangor.

Ini bertujuan supaya bila Presiden Mantap bersuara, suaranya dapat disaksikan audien penonton yang lebih ramai di kawasan lebih luas di Selangor.

Poin bakal disentuh meliputi:

Cetusan idea awal penubuhan Kem Mantap
Maksud, Tujuan, Objektif, Visi, Misi Kem Mantap
Siapa dalam organisasi kepemimpinan Kem Mantap
Siapa Ahli dan Apa kelayakan menjadi Ahli Kem Mantap
Sejarah Aktiviti Kem Mantap
Rancangan Masa Depan Kem Mantap
Dan ada lagi...

Sama-sama kita tunggu waktu penerbitannya
bila Presiden Kem Mantap
Khairul Anuar Othman
bersuara...



Love Will Keep Us Together

Friday, August 14, 2009


KEM MANTAP "WE LOVE SELANGOR" AMPANG SELANGOR



PRESIDEN KEM MANTAP MENGANJURKAN MALAM SILATURAHIM BERSAMA MASYARAKAT CINA AMPANG.
APABILA RASA KASIH-SAYANG MENYERAP DIJIWA-JIWA MEREKA MAKA SELANGOR AKAN TERUS KEKAL DIBAWAH PERTADBIRAN PAKATAN RAKYAT.

BAHKATA MISS LI "INI ADALAH MODEL UNTUK NEGERI SELANGOR"
ucapan pembukaan beliau sebentar tadi.


AKHIRNYA BERGEMA SUARA "WE LOVE SELANGOR"





MANTAP!MANTAP!!MANTAP!!!

Kita Insaf Dan Mantapkan Kesedaran

Thursday, August 13, 2009



















Khairul Anuar Othman
Presiden Kem Mantap
bersuara lagi...

Kali ini mengajak kita insaf akan bencana Tsunami, dan kita mantapkan kesedaran.



Sedarlah bila kita tidak bersatu. Sedarlah bila kita berbalah sesama sendiri. Ketika kita tidak mantap lagi. Apa yang kita usahakan dengan titisan air mata. Apa yang kita perjuangkan dengan keringat. Apa kuasa yang kita kendong. Semua itu boleh lenyap sekelip mata, ibarat Tsunami yang melanda...

Sedarlah...

Sama-sama kita bersama mantapkan diri, ranting, cabang, sayap, kepemimpinan, parti, dan pakatan.

Mantap! Lagi mantap!! Terus mantap!!!

KEM MANTAP- SEMINAR 3 JAM"WE LOVE SELANGOR"



HARI INI DALAM SEJARAH 2009

DENGAN SEMANGAT SETIAKAWAN MANTAP !!!

"SEORANG ANWAR DIJATUHKAN,SERIBU ORANG LAGI AKAN BANGKIT"

-ANWAR IBRAHIM,
MASJID KAMPUNG BARU 1998

Apabila Presiden Mantap bersuara..

Presiden Kem Mantap Tenang Dan Mantap



Sebarang usaha untuk menawan kerajaan negeri Selangor, oleh pihak lain, adalah dengan cara yang keji, seperti mana berlaku di Perak.

Mereka panas dan kepanasan.

Pendedahan demi pendedahan telah membongkar kenajisan mereka di Selangor sewaktu mereka berkuasa memerentah dahulu. Orang Selangor sudah jelak dengan budaya mereka.

Bila pembaharuan di bawa oleh Pakatan Rakyat, permaufakatan dan persepakatan PKR, PAS, dan DAP, maka Rakyat sudah mula merasai nikmat-Nya. Nikmat inilah dahulunya mereka kenyang dan Rakyat tidak merasa.

Rakyat Selangor mahukan ucapan dan isi bernas dari Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Othman.

Pemimpin Muda yang sedang membawa gelombang kemantapan di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.

Sama-sama kita saksikan ucapannya sebagai Penceramah jemputan, Program Silatul-rahim dan Motivasi KeADILAN.Bertempat di Kelana Jaya, .

Tajuk Ceramah:

"Silatul-rahim Dalam Parti Di Kalangan Wanita, AMK, dan Kepemimpinan".

"Silatul-rahim Di Kalangan Muslim dan Rakan Berlainan Agama".

Inilah ucapan yang bermakna kepada kita yang membawa pembaharuan dan perubahan mantap kepada Rakyat Selangor.

Ayuh!

Mari kita dalami inti ceramah,
bila Presiden Kem Mantap,
Khairul Anuar Othman
bersuara...

Kita Mantapkan Tangkis Dan Jurus!!!

Ketua Pemuda dari sebuah parti Um...yang bersepai..no, dalam kapal barisan yang sedang tenggelam, di penggal terakhirnya, mempunyai fiksyen dari khayalannya bahawa Pakatan di Selangor ibarat Retak Menanti Belah. Ramai rakan kita yang melihat banner kecil di merata Shah Alam terutama di Seksyen 6, bila kami temui telah melaungkan........."Pooraaah, Kamu yang Boleh Belah!!!" Kita dapat baca, ketua mereka ini, sudah tidak relevan lagi dipandangan orangnya. Dia dikatakan tiada payungan manja PM lama, tidak pula direstui PM terdahulu lebih lama, dan dia sedang amat ingin mendapat tempat di hati PM baru. Ternyata, orang ini tersisih dari pemilihan kerusi enak berganjaran besar, macamnya jawatan menteri daa. Dia hanyalah seperti ada pun tak apa, tiada lagi bagus dan ini pandangan ahli di kalangan kem mereka. Jika dibandingkan dengan pemimpin lebih bawah dari kedudukannya, PM mereka sendiri merasakan orang lain lebih matang dari budak ketua ini. Sebab itulah, jika pilihanraya kecil, pemimpin tempatan mereka tidak mahu ketua ini hadir. Jika hadir membawa padah kalah. Maka, fikir tengok sendiri, kenapa pula ketua ini hendak hadir di Shah Alam, pusat di mana kubu ini, begitu ramai yang memihak kepada pemimpin dan kepemimpinan Pakatan Rakyat? Sama-sama kita saksikan ketua mereka ini yang menerusikan tradisi lapok budaya buruk Umno hendak menghambur angan-angan kosong, yang tiada apa maknapun kepada nasib masa depan Rakyat Selangor. Kita seru kepada semua kekalkan Selangor dikuasai Rakyat!

Kita perlu siap sedia untuk mantapkan penangkisan kekarutan ketua mereka ini, dengan jurus mantap! mantap!! mantap!!!

Tulisan Oleh:












Gulai Lemak Mantap Cili Api