MEMPERKASA AGENDA PERUBAHAN Alhamdulilah..saya telah diberi kesempatan oleh saudara tian chuan merangkap MP BATU untuk bertemu dengan masyarakat cina dan menyampaikan ucapan motivasi kepada mereka.. saya menyatakan harus ada agenda perubahan dlm memperkasakan sistem pemerintahan dan politik negara.
agenda perubahan ini berteraskan kepada dasar perjuangan KEADILAN iaitu: 1.Mewujudkan negara Malaysia yang adil dimana nilai keihsanan dan penyayang merupakan teras masyarakat. 2.Menghayati islam sebagai agama persekutuan malaysia sambil memastikan bahawa hak masyarakat bukan islam mengamalkan agama atau kepercayaan masing-masing terus terjamin. 3.Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum berdasarkan prinsip keadilan untuk semua didukung oleh nilai-nilai perikemanusian bersama.akhirnya saya menyatakan juga bahawa Keadilan ia tidak berlandaskan wajah-wajah perkauman,dan bukan juga ideologi-ideologi khusus kerana perkataan KEADILAN itu mengatasi dan menembusi segala bibit-bibit perkauman..MARI KITA BERSAMA KERANA KITA SATU KELUARGA BESAR DALAM KEADILAN.
Alimudin Syawal, Ketua Cawangan UMNO Bukit Bendera, Mentakab, Pahang, merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian UMNO Temerloh, telah mengisytiharkan dirinya keluar dari UMNO.
Seterusnya mengumumkan penyertaannya ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Pengumuman itu dikatakan berlangsung di antara beliau sendiri di hadapan Anwar Ibrahim, Sabtu lalu di Mentakab, Pahang.
Walaupun dijadualkan satu temubual eksklusif panjang-lebar di antara Wakil Meraks dengan Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Osman, namun jadualnya yang padat di Selangor, dan pergerakannya menuju N 41 Permatang Pasir, membolehkan 2 poin diperolehi darinya, yang dia masih berhati-hati dalam memberikan fakta, supaya kemantapan tetap mantap.
Poin 1.
Perihal beberapa kepemimpinan tertinggi UNISEL dan aduan bahawa ada pelaksanaan yang berbeza daripada amanat Anwar Ibrahim, sewaktu ceramahnya perkongsian fikir dengan pelajar UNISEL, di penghujung Short-Sem baru-baru ini.
Aduan dan perbezaan ini tidak mantap!
Natijahnya, tidak molek, dasar keadilan bawaan Parti KeADILan Rakyat, yang dijunjung tinggi Anwar Ibrahim, nama pelaksanaannya oleh beberapa pemimpin UNISEL masih belum memuaskan dari aspek kebajikan pelajarnya.
Poin 2.
Adanya jurang di antara pucuk kepemimpinan tertinggi Parti KeADILan Rakyat, dengan pemimpin peringkat cabang dan ranting, terutama ahli PKR tegar. Teguran kepada beberapa pemimpin yang lazimnya berkain pelikat sewaktu di rumah, dan pemimpin yang lazimnya berbual dalam bahasa Tamil di rumah. Ada jurang di antara pemimpin kalangan ini dengan ahli.
Jurang begini tidak mantap!
Khususnya, disentuh juga mengenai pejuang di era Reformasi! Nasib dan kebajikan mereka, dan keperluan mereka dikembalikan berjuang, dan semangat mereka supaya kembali membara sedang kita tuju PRU 13.
Terdapat juga susutan dari aspek kuantiti keahlian, jika pemimpin di pucuk parti bergaul sesama mereka sendiri dan jarang mereka adakan amalan akrab dan aktiviti nikmat dikongsi bersama dengan ahli di cabang dan ranting parti.
Sehubungan dua perkara tersebut, Khairul Anuar Othman berkata, inilah sebab utama kenapa Kem Mantap diwujudkan.
Lahir daripada kesedaran Tian Chua, dan beberapa pucuk pemimpin yang amat inginkan cabang dan ranting, dan semua sekali ahli menjadi mantap. Dengan mantap, kita semua dapat nikmat yang dikongsi bersama. Dengan mantap, kita kukuh teguh dalam menghadapi cabaran dan gerak keji pihak yang mahu merampas pemerentahan Rakyat di negeri yang dimenangi Pakatan Rakyat pada PRU 12 lalu.
Perihal kebajikan pelajar UNISEL, satu perjumpaan dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang disusun, supaya harmoni tercapai dalam urus dan cara di UNISEL.
Perihal jurang pemimpin dan ahli, dan kembalian sebahagian pejuang era Reformasi, satu usaha sedang disusun, setelah Zubli Zainordin dipertanggungjawabkan membantu Khairul Anuar Othman, di bahagian penstrukturan ke arah menyerlahkan peranan Kem Mantap di Selangor.
Khairul Anuar Othman juga menjanjikan satu perkongsian informasi dan pelaksanaan program untuk memanfaatkan semua ahli. Bahawa Anwar Ibrahim telah mendasarkan satu usaha yang bakal membawa makna besar kepada Parti KeADILan Rakyat, dan Rakyat Malaysia seluruhnya. Di mana Khairul Anuar Othman telah diberikan sebahagian tanggungjawab untuk menggerakkan pemikiran keadilan untuk semua, oleh Anwar Ibrahim ini, ke seluruh Malaysia.
Masih di peringkat konsep, dan terjemahan awal telah dilakukan, maka Khairul Anuar Othman akan memperincikan pendasaran keadilan dari Anwar Ibrahim itu, apabila dia kembali dari gelombang bulatan mantap mempertahankan kemenangan di N 41 Permatang Pasir, kelak.
Sama-sama kita nantikan berita baik ini.
Demikian apabila Khairul Anuar Othman Presiden Kem Mantap bersuara...
Laporan Wakil Meraks (Media Rakyat Selangor Pembekal Informasi Dalam Siri Merakyatkan Informasi di Selangor)
Sememangnya ada the Grand Design, usaha Najib dan kumpulan strategis kemnya.
Kenalkah kita siapa Najib ini? Akal dan budinya? Adakah dia peduli kepada kuasa Rakyat dan kuasa undi secara sah? Pedulikah dia?
Dengan siapa Najib bersekongkol dalam the Grand Design ini? Semua mereka ini mudah dikenalpasti siapa. Mereka telah rampas Perak dengan keji.
Kekejian rampasan yang sama sedang diusahakan di Selangor pula.
Berapa kuatkah gerakan the Grand Design ini? dipercayai, lebih kuat sekarang ketika Najib PM, berbanding ketika Najib TPM.
Betapa kuatkah gerakan the Grand Design ini untuk rampas Selangor?
Kita lihat pula betapa mantapnya kita.
Adakah mantap hubungan kita dengan Istana, terutama hubungan kita dengan Baginda Sultan Selangor.
Siapakah yang kerap sering masuk berkunjung ke Istana pada masa kini?
Adakah Pakatan Rakyat di Selangor mantap? Ada atau tidak para pemimpin saling hentam menghentam secara terbuka? Kenalpasti siapa mereka ini!
Adakah pemimpin menerajui kerajaan kita mantap? Ada atau tidak pendedahan yang mahu merosakkan imej dan peribadi mereka. Sama ada dari luar atau dari dalam. Kenalpasti siapa mereka ini!
Adakah parti kita PKR mantap di Selangor?
Adakah sayap, cabang, dan ranting mantap?
Adakah Ahli dan Penyokong kita mantap?
Bagaimana pula dengan sokongan Rakyat di Selangor sekarang, selepas PRU 12 berbulan telah berlalu?
Semua ini terjawab bila kelak Selangor kekal atau dirampas.
Adakah kita mahu tunggu sampai ke waktu itu baru kita bertindak?
Apakah yang boleh kita lakukan sekarang? Ya, sekarang!
Berdasarkan cadangan beberapa rakan, suatu usaha sedang disusun supaya Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Othman, muncul dalam Wawancara di Televisyen.
Rakaman dijangka sebelum Ramadhan, pada 15 atau 16 Ogos, 2009.
Besar kemungkinan, di TVSelangor.
Ini bertujuan supaya bila Presiden Mantap bersuara, suaranya dapat disaksikan audien penonton yang lebih ramai di kawasan lebih luas di Selangor.
Poin bakal disentuh meliputi:
Cetusan idea awal penubuhan Kem Mantap Maksud, Tujuan, Objektif, Visi, Misi Kem Mantap Siapa dalam organisasi kepemimpinan Kem Mantap Siapa Ahli dan Apa kelayakan menjadi Ahli Kem Mantap Sejarah Aktiviti Kem Mantap Rancangan Masa Depan Kem Mantap Dan ada lagi...
Sama-sama kita tunggu waktu penerbitannya bila Presiden Kem Mantap Khairul Anuar Othman bersuara...
PRESIDEN KEM MANTAP MENGANJURKAN MALAM SILATURAHIM BERSAMA MASYARAKAT CINA AMPANG. APABILA RASA KASIH-SAYANG MENYERAP DIJIWA-JIWA MEREKA MAKA SELANGOR AKAN TERUS KEKAL DIBAWAH PERTADBIRAN PAKATAN RAKYAT.
BAHKATA MISS LI "INI ADALAH MODEL UNTUK NEGERI SELANGOR" ucapan pembukaan beliau sebentar tadi.
Khairul Anuar Othman Presiden Kem Mantap bersuara lagi...
Kali ini mengajak kita insaf akan bencana Tsunami, dan kita mantapkan kesedaran.
Sedarlah bila kita tidak bersatu. Sedarlah bila kita berbalah sesama sendiri. Ketika kita tidak mantap lagi. Apa yang kita usahakan dengan titisan air mata. Apa yang kita perjuangkan dengan keringat. Apa kuasa yang kita kendong. Semua itu boleh lenyap sekelip mata, ibarat Tsunami yang melanda...
Sedarlah...
Sama-sama kita bersama mantapkan diri, ranting, cabang, sayap, kepemimpinan, parti, dan pakatan.
Sebarang usaha untuk menawan kerajaan negeri Selangor, oleh pihak lain, adalah dengan cara yang keji, seperti mana berlaku di Perak.
Mereka panas dan kepanasan.
Pendedahan demi pendedahan telah membongkar kenajisan mereka di Selangor sewaktu mereka berkuasa memerentah dahulu. Orang Selangor sudah jelak dengan budaya mereka.
Bila pembaharuan di bawa oleh Pakatan Rakyat, permaufakatan dan persepakatan PKR, PAS, dan DAP, maka Rakyat sudah mula merasai nikmat-Nya. Nikmat inilah dahulunya mereka kenyang dan Rakyat tidak merasa.
Rakyat Selangor mahukan ucapan dan isi bernas dari Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Othman.
Pemimpin Muda yang sedang membawa gelombang kemantapan di Selangor khususnya dan Malaysia amnya.
Sama-sama kita saksikan ucapannya sebagai Penceramah jemputan, Program Silatul-rahim dan Motivasi KeADILAN.Bertempat di Kelana Jaya, .
Tajuk Ceramah:
"Silatul-rahim Dalam Parti Di Kalangan Wanita, AMK, dan Kepemimpinan".
"Silatul-rahim Di Kalangan Muslim dan Rakan Berlainan Agama".
Inilah ucapan yang bermakna kepada kita yang membawa pembaharuan dan perubahan mantap kepada Rakyat Selangor.
Ayuh!
Mari kita dalami inti ceramah, bila Presiden Kem Mantap, Khairul Anuar Othman bersuara...
Ketua Pemuda dari sebuah parti Um...yang bersepai..no, dalam kapal barisan yang sedang tenggelam, di penggal terakhirnya, mempunyai fiksyen dari khayalannya bahawa Pakatan di Selangor ibarat Retak Menanti Belah. Ramai rakan kita yang melihat banner kecil di merata Shah Alam terutama di Seksyen 6, bila kami temui telah melaungkan........."Pooraaah, Kamu yang Boleh Belah!!!" Kita dapat baca, ketua mereka ini, sudah tidak relevan lagi dipandangan orangnya. Dia dikatakan tiada payungan manja PM lama, tidak pula direstui PM terdahulu lebih lama, dan dia sedang amat ingin mendapat tempat di hati PM baru. Ternyata, orang ini tersisih dari pemilihan kerusi enak berganjaran besar, macamnya jawatan menteri daa. Dia hanyalah seperti ada pun tak apa, tiada lagi bagus dan ini pandangan ahli di kalangan kem mereka. Jika dibandingkan dengan pemimpin lebih bawah dari kedudukannya, PM mereka sendiri merasakan orang lain lebih matang dari budak ketua ini. Sebab itulah, jika pilihanraya kecil, pemimpin tempatan mereka tidak mahu ketua ini hadir. Jika hadir membawa padah kalah. Maka, fikir tengok sendiri, kenapa pula ketua ini hendak hadir di Shah Alam, pusat di mana kubu ini, begitu ramai yang memihak kepada pemimpin dan kepemimpinan Pakatan Rakyat? Sama-sama kita saksikan ketua mereka ini yang menerusikan tradisi lapok budaya buruk Umno hendak menghambur angan-angan kosong, yang tiada apa maknapun kepada nasib masa depan Rakyat Selangor. Kita seru kepada semua kekalkan Selangor dikuasai Rakyat!
Kita perlu siap sedia untuk mantapkan penangkisan kekarutan ketua mereka ini, dengan jurus mantap! mantap!! mantap!!!
Agenda politik baru mestilah segera dilaksanakan.ia mengajak kepada politik baru yang menekankan kepemimpinan sebagai suatu amanah yang disertai dengan pertanggungjawaban. Politik yang berdasarkan akhlak dan etika mulia sebagai prinsip penting perjuangan dan pendekatan. Politik yang menolak dasar perkauman dan adudomba sebaliknya menganjurkan perpaduan insan dan nilai univesal bersama. Politik yang membawa budaya baru dengan menyemarakkan budaya muafakat dan demokrasi,budaya ilmu serta penghayatan amalnya.juga Politik yang menekankan keadilan dan keselesaan untuk rakyat terbanyak dengan tidak membebankan mereka apatah lagi merompak wang rakyat demi kepentingan segelintir perakus-perakus kuasa dan harta...DAN MEREKA INILAH PERAKUS-PERAKUS UBN PENGKHIANAT BANGSA.
Satu kemahiran komunikasi yang perlu dimiliki pemimpin ialah ucapan awam. Perhatikan Anwar Ibrahim, bila berucap puluhan ribu yang datang mendengar. Ada ketika, panas dan hujan tiada menghalang audien yang mahu mendengar ucapan beliau.
Namun hakikat yang molek kita terima ialah kita belum mempunyai sejumlah ramai yang mempunyai pengaruh melalui ucapan awam. Maka dengan sebab itulah kita perlu melakukan sesuatu untuk memantapkan 1,000 atau 10,000 orang yang mampu berucap dalam pelbagai bahasa, menguasai pentas negeri, negara, dan dunia.
Dengan itu pengisian Kursus Pemimpin Mantap ialah Ucapan Awam Berpengaruh. Berikut kandungannya:
Introduction to Effective Public Speaking – A Total View
- Define Or You Shall Be Defined
- Relevant Terms
- Effective Public Speaking Components
Extra - The E’s Of Effective Public Speaking
- Enthusiasm
- Excitement
- Enjoyment
- Enjoinment
- Enlightenment
- And More…
The Effective Public Speaker
- Self
- Your Role
- Your Appearance
- Your Style
-Your Service
- Fear Factor and The 7 Steps Of Overcoming This
- The Art And Science Of Relaxation At All Times
- Setting Courage And Confidence Now
The Audience In An Effective Public Speaking Environment
- Demographics And Psychographics
- The 3 Major Types of Audiences - I See, The I Listen, And The I Feel
- Trust, Instant Rapport and Interactions
- Visual, Images, Imagination, Visualization
- Hearing, Listening, And Effective Listening
- Support And Feedback
- Questions And Answers
- Convincing, Choices, Competition, and Cooperation
- Influence and Persuasion
- Dealing With Subject, Object, And Circumstances Beyond The Norms
Effective Public Speech - Organization And Order
- The Basic Make-up Of A Speech For Public Speaking
The Opening, The Points And The Closing
The Speech For An Effective Public Speaking
- The Types Of Speeches
- The Intent and Purpose
- The Preparation,
- The Delivery,
- Continuous Improvements,
- Pushing The Potential Limits
The Writing For Effective Public Speaking
- The Topic
- The Title
- The Opening
- The Closing
- The Superb Inserts - Memorable Quotes, Classic Phrases, Powerful Examples, and more
The Technology Of Effective Public Speaking
- Audio Video Aids
- Understanding - Words, Vocal, Visuals
- Fulfilling The Needs of Each Understanding
- Retaining And Sustaining Concentration – Yours And The Audience’s
The Environment For An Effective Public Speaking
- The Occasion
- The Venue
- The Technology
- The Setting And Set Up
- Kinesics And Proximics
- The Do’s and Don’ts
- The Standard Checklist
Effective Public Speaking Sparking Yours With Laughter
- There Are Only 5 Types Of Jokes In The World.
Jokes, Humour, Comedy
Effective Public Speaking An Aspiration Through Inspirations
- Telling A Story
- Presenting Figures
Effective Public Speaking Specials
- Identifying Gestures And Selecting Powerful Ones For Effective Public Speaking
"SALAH SATU DARIPADA PELABURAN TERBIJAK YANG BOLEH KITA BUAT IALAH MELABUR DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA"
"PEMBERIAN PALING BERHARGA YANG BOLEH KITA BERIKAN KEPADA SESAMA INSAN ADALAH PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN DIRI MEREKA KE BATAS KEBOLEHAN MEREKA YANG SEBENARNYA."
Maka, Kem Mantap tampil mendekati anak muda di sekitar Subang Jaya Selangor bagi memantapkan jati diri kepimpinan di kalangan anak muda pewaris bangsa ini.
Presiden nya, En. Khairul Anuar Othman sudi hadir dan berkongsi pendapat, pandangan dan perkongsian beliau..
Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu. Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat. "Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya. Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi. Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat. Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini. "Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya. Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.
"SALAH SATU DARIPADA PELABURAN TERBIJAK YANG BOLEH KITA BUAT IALAH MELABUR DALAM PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA"
"PEMBERIAN PALING BERHARGA YANG BOLEH KITA BERIKAN KEPADA SESAMA INSAN ADALAH PELUANG UNTUK MENGEMBANGKAN DIRI MEREKA KE BATAS KEBOLEHAN MEREKA YANG SEBENARNYA."
Maka KEM MANTAP akan mengerakkan wadah PIDATO BERPOLITIK bagi melahirkan pelapis-pelapis yang bakal mewarna-warni pentas POLITIK MALAYSIA.